Wednesday, April 29, 2015

Kek Mentega Keju Oren

Assalamualaikum...

"Naked cake" la sangat......
Teringin nak makan kek biasa tanpa topping tanpa filling.
Teringin nak makan kek keju yang ringan.
Teringin nak makan kek rasa buah tapi tak mau kek buah yang padat.

Saya selak-selak majalah dan jumpa resepi Chef Amer dalam Saji. Macam sedap nampaknya.
Bahan-bahan pun ada. Siapppp!!!!!
Saya dapat memenuhi keinginan di atas...Cukup seimbang rasanya. Resepi chef tersohor lah katakan...

Bahan-bahan yang diperlukan:

200 gram mentega
50 gram krim keju
250 tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
240 gram gula kastor
5 biji telur gred A
2 biji oren ( besar)
Kupas kulit oren - cincang dan ketepikan. 
Perah oren utk dapatkan jus - ambil semuanya
korek isi oren dengan sudu, asingkan biji jika ada
1 sudu kecil cuka epal




Cara-cara membuatnya
Asingkan putih telur dari kuningnya.
Ambil sejemput tepung , gaulkan pada kulit oren yang sudah di cincang, ketepikan.

Satukan putih telur dengan gula dalam mixer kemudian pukul dengan kelajuan tinggi . Sementara mixer berjalan, masukkan cuka epal, dan putar lagi hingga kental dan mencapai "soft peak". Masukkan dalam bekas lain. Ketepikan.

Pukul telur kuning dengan mentega,dan krim keju dengan hingga putih dan berkerim.
Masukkan tepung yang sudah diayak dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit dan digaul  berselang seli dengan jus oren tadi. Saya cuma kacau dengan senduk kayu. Akhir sekali masukkan kulit oren.

Kemudian, kaup dan balikkan putih telur dalam adunan, satukan sehingga sebati.
Masukkan dalm loyang 8 inci. Bakar hingga masak.

Kerim keju untuk hiasan rossete:
125 gram krim keju
50 gram gula castor
1 sudu teh air perahan oren

Putar hingga gebu.
Masukkan dalam acuan rossette. Paip atas kek yang telah disejukkan.
Hiaslah sesuka hati.



No comments: