Posts

Showing posts from May, 2015

Brownies untuk Awak

Image
Awak datang sewaktu saya amat rindu!
Terima kasih kerana mencari saya di facebook. Betul kata awak, amat sukar melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Kita terpenjara oleh masa silam yang santai dan manis. Kenangan itu ulang berulang. Kenangan rupanya tak perlu bukti. Tak perlu simpan barang kenangan. Ia datang sendiri mengikut suasana. Ada yang pedih lirih ada yang manis. Ia datang ulang berulang.
Kali terakhir dulu kita berpamit di tebing Sungai Tar. Awak mahu pulang menyahut panggilan bakti. Kata awak,kita berkelah. Awak minta saya buat brownies. Saya pun bawakan jagung rebus dan brownies kacang pecan. Rupanya awak beli ketam sepit biru dan masak entah apa tapi ia sungguh sedap. Kata saya kenapa guna duit banyak untuk ketam itu, padahal awak boleh beli set Corelle atau Vision untuk ummi awak. Kata awak mahu belanja saya makan sebab selama ini saya kongsi makanan dengan awak dalam kampus. Hahaha.. awak bijak mencium bau makanan. Awak tahu saja hari mana saya bawa bek…