Friday, July 10, 2015

Biskut Koko Nestum

Cukup mudah membuat biskut raya ni. Resepi zaman purbakala!!! Bahan-bahannya pun yang asas saja..kepada kawan-kawan yang tercari-cari resepi biskut mudah yang sedap dan disukai, saya cuba kongsikan di sini.
Memang mudah, boleh di gentel bulat atau apa-apa bentuk.
Tak perlu cari acuan terap, manik hiasan dan cantik tapi menyusutkan poket di zaman GST ni..
 
Sedap tak?
Sedapnya macam makan nestum dengan milo, sekali gus berderai dalam mulut, ranggup terasa di kunyah, nyaman membelai tekak.

Bahan-bahan:
250 gram majerin
3/4 cawan gula aising
2 cawan nestum
2 cawan tepung gandum
1 biji telur

Putar gula dengan majerin hingga gebu dan berkrim.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Ayak tepung kemudian gaulkan dengan nestum rata-rata.
Adunkan tepung kedalam adunan krim.
Uli dengan tangan hingga menjadi doh lembut.

Bulat-bulatkan doh, kemudian bakar hingga masak.
(Saya pakai oven Soner: 160C selama 16 minit)

Sejukkan.

Cairkan coklat dalam double boiler.
Celupkan biskut dalam coklat; kemudian golekkan dalan nestum.
Simpan dalam bekas kedap udara

No comments: