Posts

Showing posts from April, 2015

Kek Mentega Keju Oren

Image
Assalamualaikum... "Naked cake" la sangat...... Teringin nak makan kek biasa tanpa topping tanpa filling. Teringin nak makan kek keju yang ringan. Teringin nak makan kek rasa buah tapi tak mau kek buah yang padat. Saya selak-selak majalah dan jumpa resepi Chef Amer dalam Saji. Macam sedap nampaknya. Bahan-bahan pun ada. Siapppp!!!!! Saya dapat memenuhi keinginan di atas...Cukup seimbang rasanya. Resepi chef tersohor lah katakan... Bahan-bahan yang diperlukan: 200 gram mentega 50 gram krim keju 250 tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 240 gram gula kastor 5 biji telur gred A 2 biji oren ( besar) Kupas kulit oren - cincang dan ketepikan.  Perah oren utk dapatkan jus - ambil semuanya korek isi oren dengan sudu, asingkan biji jika ada 1 sudu kecil cuka epal Cara-cara membuatnya Asingkan putih telur dari kuningnya. Ambil sejemput tepung , gaulkan pada kulit oren yang sudah di cincang, ketepikan. Satukan putih telur dengan gula dalam mixer

Kuih Qasidah Kedah

Image
Kuih qasidah popular dibulan puasa. Selalunya dibuat sendiri, jarang ada gerai pasar ramadan yang menjualnya. Rasanya biasa saja, tak manis, tapi cukup rasa lemak masin manis dari gula putih dan garam.  Agak leceh membuatnya. Tepung perlu dikacau atas api sederhana hingga betul betul masak tepungnya. Rasanya agak istimewa dengan bawang goreng yang garing, semestinya yang digoreng sendiri. Bawang goreng segera memang "tak jalan" dengan qasidah! Qasidah Kedah berbeza dengan qasidah/hasidah orang Selatan dan Pantai Timur. Mereka menggunakan telur dan santan memberi rasa lemak yang agak mewah. Warnanya kuning , berbeza dengan putih polos Qasidah Kedah. Bahan-bahan untuk resepi ini mudah: tepung gandum, air, gula dan garam 1 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 1 sudu besar gula (kalau suka manis letak lebih sikit) sedikit garam sehelai daun pandan Bawang goreng: 5 ulas bawang merah ( lagi banyak lagi sedap ) Minyak untuk menggoreng. Cara-cara: Campurkan semua

Ayam Masak Hitam

Image
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam (1.5 kg) dipotong 14 , bersihkan Bahan memerap ayam: 1 inci halia 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah 2 sudu besar serbuk jintan putih sedikit garam halus Tumisan: 4 camca besar minyak daun pandan daun kari rempah tumis 4 sekawan(kayu manis, pelaga,bunga lawang) 3 batang serai (diketuk) 4 labu bawang besar (kisar halus) 20 tangkai cili kering (kisar halus) 1/2 cawan kicap manis 2 sudu besar puri tomato ( dalam tin) 2 biji tomato merah (kisar)                             Cara Penyediaan: Ayam potong sederhana kecil.  dan diperap dengan bahan perap yang telah dikisar halus bersama serbuk jintan putih  selama 1/2 ke 1 jam. Ayam ni di goreng separuh masak tapi sekarang saya guna magic pan saja.Masukkan dalam magic pan selama 4 minit, kemudian balikkan dan masak lagi selama 2 minit. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, daun pandan dan

Daging Pesamah

Image
Pesamah Daging pernah saya siarkan lama dulu   disini  . A pa tu pesamah? sesetengah orang memanggilnya besamah atau mesamah. Ia seakan-akan kari pekat, tapi sebenarnya bukan kari. Rasanya lain sikit dari kari daging biasa. Ia perlu ada rasa rempah yang sedap, dagingnya lembut, ada rasa manis dan sedikit masam.Kesukaan saya ni, tapi jarang memasaknya. Pesamah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, malah sedap di cicah roti dan roti jala.  Selalu nya saya masak agak banyak sebab makin disimpan dan dipanaskan, makin sedap. Kalau ada lebihan pesamah ni, saya juga buat sarapan dengan dengan lempeng kelapa...hahaha.. lempiang nyoq atau lempeng kosong saja.. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Daging dan perapan nya. 1 kg daging 2 paket rempah kari 1 labu bawang besar, pilih yang besar saiznya 1 inci halia 5 ulas bawang putih 1 sudu besar gula merah - saya guna gula merah cap bintang :) Bawang besar, halia and bawang putih - dikisar kemudian di gaul rata

Cerita Kakak

Image
Kakak dalam cerita ini ialah anak sulung saya. Siswi tahun satu univeristi dekat rumah ni. Sejak mula masuk sekolah hingga Tingkatan  Atas ( di sebut Pra-U sekarang..), dia tinggal di rumah. Bukan main susah nak suruh dia masuk sekolah asrama walaupun dapat tawaran masuk ke sekolah tinggi berprestij, dua kali. Pertama selepas keputusan PMR, kedua selepas keputusan SPM. Saya tak kisah pun dia tak mahu masuk sekolah berasrama, cuma nak bagi dia peluang kalau-kalau dia nak merasa kehidupan asrama macam adik dan kawan-kawan dia. Tinggal lah dia hingga habis sekolah menengah. Sampai masanya, dia pilih universiti dekat dengan rumah. Alasannya tak ada orang nak jaga kucing dia.. (boleh gitu?!) Pada hari pendaftaran masuk universiti; pendaftaran pukul 2.30 petang; pukul 1.45 petang baru bertolak. Sebabnya mencari kucing dia yang hilang keluar rumah; walaupun dia tahu, petang nanti kucing tu akan balik! Dan kucing tu memang balik macam biasa! Agaknya dia susah nak melangkah keluar untuk hid

Gulai Lemak Jantung Pisang

Image
Sesekali balik kampung saya suka merayap keliling rumah mencari apa-apa yang boleh dimasak. Kebiasaannya begitulah. Dulu waktu kecik saya membesar dengan tugas yang yang tak perlu disuruh untuk siapkan makan tengahari dan malan jika cuti sekolah. Mak dan pak disawah dan dikebun. Hidup di kampung mengajar kita untuk berupaya menghidangkan makanan walau peti sejuk kosong tak ada sayur. Telur memang tak pernah putus bekalan dari sekawan itik direban dan ayam disanggar. Ikan kering pun sentiasa ada. Kadang-kadang ada ikan darat dari sawah atau sungai dalam kurungan. Kiranya tak ada masalah kalau pakcik penjual ikan sayur tak singgah. Kebiasaannya begitulah, dan ia terbawa-bawa hinga sekarang. Kerapkali anak dan suami mengekor saya mencari apa-apa untuk di masak. Tanpa menu, apa yang kami jumpa itulah yang kami masak. Kali ini kami jumpa buah janggus, jantung pisang dan ulam-ulam. Wah, cukup seronok, sebab dah lama tak makan masak lemak jantung pisang. Jomm... masak!    Baha

Agar-Agar Kering Bunga Ros

Image
.... and one of my dreams has come true. I'd learnt to make the legacy of my late mother... am very happy to sharpen my skill. It's thrilling! A delicacy Traditionally served by its beauty and authentic taste.   Agar-agar Kering Bunga Ros to order: Whassap me 0194316261 #AgarAgarRosKeringByCikMilah

Kacang Pool

Image
Assalamualaikum, Kacang pool sudah jadi makanan kegemaran keluarga saya. Dulu susah nak dapat foul meddames. Selalu kena pesan dengan kawan-kawan yang pergi Singapura. La ni dah ada foul meddames kat pasaraya di utara ni, senang lah nak masak. Makanan Arab orang Johor asalnya, saya suka buat sebab keluarga suka makan ni, terutama untuk berbuka puasa. Cukup lengkap semua gizi makanan ada di dalamnya. Resepi ni bukan resepi kacang pool yang original. Resepi rujukan yang saya buat dari blog Tiffin Biru, CMG dan juga dari pemerhatian saya waktu Chef Amer Hamzah menyediakan kacang pool untuk sarapan dalam satu kelas beliau yang saya hadiri.Suka hati jer mak ubah suai mengikut selera mak, yerr...     BAHAN-BAHANNYA :-) 250 gram daging kisar 1 tin kacang pool 1 tin kecil kacang peas 2 camca besar rempah kari daging 1 camca besar serbuk ketumbar 10 biji bawang merah * 4 ulas bawang putih * 1 inci halia * ( *dikisar halus ) setengah batang lobak merah* sebutir bawang holland*