Posts

Showing posts from 2016

Asyura diPenghujung Muharram

Nekad! Nak buat asyura Spesifikasi Penuh. Tak kurang gula, tak kurang santan. Tak puas makan yang kakak abang bagi dan yang dibeli ........mai nak cerita, buat lagu mana...... Kumpulkan bahan dulu. 4 jenis kacang; serba satu cawan  sukatan sebelum rebus. Kemudian rebus kacang berasingan kacang hijau, kacang merah, kacang kuda kacang buah pinggang dalam tin tak payah rebus jagung satu tongkol dihiris ulasnya Ubi keledek oren sederhana, cukuplah rebus separuh empuk Pisang, kita beli pisang awak, kurang sedap kata suami Kita ganti pisang rastali. 5  biji cukuplah , kerat 4 setiap satu. Gula merah timbang , bukan cap bintang yang dalam paket tu Gula merah ni lebih terasa aslinya Gula pasir kasar agak agak Garam kasar Sagu, secawan jugak; cuci dan toskan, tak payah rendam Santan pekat tiga bungkus yang 400 gram sebungkus Air , agak agak saja Tepung beras agak agak 2 cawan tuang terus kemudian ayak. Bahan premium.  Bahan premium ni belajar dari tok;

Bubur Asyura Kembali.

Image
10 Muharram kembali lagi. Asyura time again! Saban tahun baru Hijrah menjelang rindu Asyura pun menjelma tanpa dipinta-pinta. Hairan juga ya.. kalau bulan-bulan lain tak teringat pun bubur asyura. Memori manis zaman kanak-kanak membawa keinginan hingga ke usia senja. Zaman saya anak-anak dulu, sekampung bergotong royong kacau  bubur asyura berkawah-kawah. Masing-masing datang ke mesjid bawa bahan-bahan mentah kemudian masak bersama-sama.  Bila dah masak makan ramai-ramai dan sepakat membahagi-bahagikan mengikut bilangan anak. Kalau yang beranak ramai. banyaklah dia dapat.     Resepi keluarga ini belum pernah tercatat di mana-mana. Lain orang lain resepinya; lain negeri lain juga ramuannya tapi panggilan pada bubur campur ini sama saja bagi mana-mana negeri Saya suka yang manis versi utara. Masa dulu buat tanpa resepi,tak ada sukatan, jadi saya sukat dan tuliskan untuk rujukan. Bahan-bahan yang saya guna: 250 g tepung beras 2 sudu tepung jagung ( ini dah

Pasar Pagi, Samarinda

Image
Pasar Pagi. Samarinda Kalimatan Selatan. Macam2 ada di sana. Kami naik kenderaan Angkut warna hijau. Tambang 20 rupiah seorang. Susup sasap kenderaan ini berjalan mencelah macet bandar Samarinda di pinggir Sungai Mahakam itu . Sesampai di sana...... biarlah gambar berbicara  ayam dijual hidup-hidup!   Kerepek belinjau besar, sebesar tapak tangan.. saya selalu jupa yang saiz siling 50 sen saja.    senduk  besar dan panjang, Wangi berbau kayu. Menyesal tak beli  mau saja ku angkut bawa pulang; tapi sapa nak pikul? Hanya RM60.00 Acuan perak, alahai....rasa nak kembali ke sini, borong! menyesal tak sudah tak beli ini Mangkuk tingkat besar...juga teringat-ingat sebab tak beli! tong gas montel!

Wordless Wednesday - Samarinda

Image

Ketupat Pandan

Image
Bila saya pos tentang ketupat pandan di fb, ramai yang komen " tak pernah jumpa", tak pernah dengar, tak pernah makan, rasanya bagaimana, cara membuatnya bagaimana.....dll Tak sangka saya ramai yang tahu tentang ketupat ni... Sejak kecil mak, tok, mak penakan buat ketupat yang berbagai-bagai.  Ketupat palas sendiri pun ada macam-macam balutan. Ketupat  tigasegi, ketupat sila dan ketupat jantung. Pulut ketupat yang sama dibalut dengan daun pandan, kami panggil ketupat pandan. Selain itu ketupat kami juga dibalut dengan daun tebu dan daun kelapa yang putih, yang dibuat ketupat orang selatan! Tiba-tiba saya kepingin ketupat pandan. Ada pandan dan lebar dalam petisejuk, saya pun bingkas sediakan bahan-bahan. Pulut pun tak sempat di rendam dulu, saya tambah sukatan air supaya tidak keras! Malam itu juga, disebabkan rendang dah habis saya resmikan dulu ketupat pandan dengan serunding daging! Hmmmm... puas rasanya makan ketupat panas-panas, lemak wangi lembut membelai rasa.

Armenian St, Penang 10200

Image
Secara tidak sengaja kami tiba di sini, waktu berputar-putar mencari cendol kelapa yang katanya enak sangat. Khabarnya dijual oleh mamak. Makanya saya ingin mencuba merasa. Dah jumpa gerai nya. Cendol tentunya street food di Penang, makanya gerainya di pinggir jalan di depan rumah; tapi ia dinaik taraf dengan sususan kerusi meja ala-hipster kata orang sekarang. Setelah bertanya pada pelayan, saya putuskan untuk tidak makan cendol di sini. (sila pm untuk detail...hahaha!) Kami susuri jalan yang sesak dengan basikal, pejalan kaki dan beca. Sepanjang jalan ini bagai muzium hidup,sementelah ia terletak di tengah-tengan zon Tapak Warisan Dunia UNESCO .  Pintu masuk sebuah rumah persendirian; ceria warna bersatu pohon renik yang alami sambil mengekal tradisi  Tingkat atas rumah yang sama Tiba tiba Yang Tengah mengambil alat itu,dan menggoyangnya mengikut muzik.. Membantu memungut derma untuk St Joseph Home. Budak Pengurusan Kreatif ni boleh selamba