Hatiku Tertinggal di Banjarmasin 2

Banjarbaru


Kami menginap di Hotel Roditha, Banjarbaru. Cukuplah fasilitinya untuk pengembara singgah yang pergi pagi dan pulang malam. Di sebelahnya Universitas Lambung Mengkurat. Tampak hijau damai, cuma tak berkesempatan menjengah kerana program kami agak padat.



Pulang ke hotel, saya hanya mahu mandi dan tidur untuk mengumpul daya. Saya sanggup tidak keluar  biarpun suami mempelawa keluar minum dengan kawan-kawan kerana mahu berehat secukupnya. Tak rela nanti tersengguk-senguk atau terlelap waktu pengajian.
Kita faham la bahasa tubuh kita kan..bukannya kuat tahan lasak macam orang lain.
Lampu tidur di kamar saya. Cantik dan ringkas.

Bangunan di Banjar baru tindak canggih. Kita seolah-olah kembali ke tahun 70-an; terkenang Jitra dalam lingkungan waktu itu, begitulah. Tiada bangunan lebih tinggi dari 2 tingkat.
Rumah makan masih begitu tradisi. Kain rentang nama rumah makannya jadi dinding, sekaligus melindung dari terlalu terpamer pengunjung yang makan di dalamnya.

Teringin makan di rumah makan begini...





Hari pertama pengajian kami di Masjid Agung al-Munawarah.  Masjidnya masih baru. Besar dan selesa.
Khabarnya tapak masjid ini dulunya sebuah gelanggang badminton





Hari-hari seterusnya kami menyelam pengajian di Pesantren Yasin Guntung Manggis. Dinihari, kami sudah tinggalkan selimut. Perjalanan dari Hotel Roditha ke Guntung Manggis mengambil masa kira-kira 20 minit.
Sampai di Guntung Manggis pun sebelum subuh.  Damai menyelimuti daerah ini, begitu lah rasa hati setiap kali bertandang dan pulang
Saya cukup suka binaan pancuran air di tengah laman
Pancuran air lima tingkat ini terletak di tengah-tengah laman antara bangunan utaman dengan bangunan untuk Jemaah wanita. Mulanya saya fikir ia hanya binaan hiasan. Bila melihat para santri putera mengangkat wudhu di sana, baru saya faham, rupanya ia kolah untuk berwudhuk bagi Jemaah lelaki. Binaan bersifat dwi-fungsi yang mesra alam.







bersambung...shopping dan makan
 

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah