Posts

Showing posts from October, 2016

Asyura diPenghujung Muharram

Nekad!
Nak buat asyura Spesifikasi Penuh.
Tak kurang gula, tak kurang santan.


Tak puas makan yang kakak abang bagi dan yang dibeli
........mai nak cerita, buat lagu mana......


Kumpulkan bahan dulu.
4 jenis kacang; serba satu cawan  sukatan sebelum rebus. Kemudian rebus kacang berasingan
kacang hijau,
kacang merah,
kacang kuda
kacang buah pinggang dalam tin tak payah rebus




jagung satu tongkol dihiris ulasnya
Ubi keledek oren sederhana, cukuplah rebus separuh empuk
Pisang, kita beli pisang awak, kurang sedap kata suami
Kita ganti pisang rastali. 5  biji cukuplah , kerat 4 setiap satu.




Gula merah timbang , bukan cap bintang yang dalam paket tu
Gula merah ni lebih terasa aslinya
Gula pasir kasar agak agak
Garam kasar


Sagu, secawan jugak; cuci dan toskan, tak payah rendam




Santan pekat tiga bungkus yang 400 gram sebungkus
Air , agak agak saja


Tepung beras agak agak 2 cawan tuang terus kemudian ayak.




Bahan premium.  Bahan premium ni belajar dari tok; dulu tok pi Mekah belayaq balik dari Jud…

Bubur Asyura Kembali.

Image
10 Muharram kembali lagi. Asyura time again!


Saban tahun baru Hijrah menjelang rindu Asyura pun menjelma tanpa dipinta-pinta. Hairan juga ya.. kalau bulan-bulan lain tak teringat pun bubur asyura. Memori manis zaman kanak-kanak membawa keinginan hingga ke usia senja. Zaman saya anak-anak dulu, sekampung bergotong royong kacau  bubur asyura berkawah-kawah. Masing-masing datang ke mesjid bawa bahan-bahan mentah kemudian masak bersama-sama.  Bila dah masak makan ramai-ramai dan sepakat membahagi-bahagikan mengikut bilangan anak. Kalau yang beranak ramai. banyaklah dia dapat.  





Resepi keluarga ini belum pernah tercatat di mana-mana. Lain orang lain resepinya; lain negeri lain juga ramuannya tapi panggilan pada bubur campur ini sama saja bagi mana-mana negeri
Saya suka yang manis versi utara. Masa dulu buat tanpa resepi,tak ada sukatan, jadi saya sukat dan tuliskan untuk rujukan.






Bahan-bahan yang saya guna:


250 g tepung beras
2 sudu tepung jagung ( ini dah agak moden, kakak ipar saya yan…