Wednesday, October 19, 2016

Asyura diPenghujung Muharram

Nekad!
Nak buat asyura Spesifikasi Penuh.
Tak kurang gula, tak kurang santan.


Tak puas makan yang kakak abang bagi dan yang dibeli
........mai nak cerita, buat lagu mana......


Kumpulkan bahan dulu.
4 jenis kacang; serba satu cawan  sukatan sebelum rebus. Kemudian rebus kacang berasingan
kacang hijau,
kacang merah,
kacang kuda
kacang buah pinggang dalam tin tak payah rebus




jagung satu tongkol dihiris ulasnya
Ubi keledek oren sederhana, cukuplah rebus separuh empuk
Pisang, kita beli pisang awak, kurang sedap kata suami
Kita ganti pisang rastali. 5  biji cukuplah , kerat 4 setiap satu.




Gula merah timbang , bukan cap bintang yang dalam paket tu
Gula merah ni lebih terasa aslinya
Gula pasir kasar agak agak
Garam kasar


Sagu, secawan jugak; cuci dan toskan, tak payah rendam




Santan pekat tiga bungkus yang 400 gram sebungkus
Air , agak agak saja


Tepung beras agak agak 2 cawan tuang terus kemudian ayak.




Bahan premium.  Bahan premium ni belajar dari tok; dulu tok pi Mekah belayaq balik dari Juddah 3 bulan baru sampai Malaya. Sampai rumah di Lubok Batu dah hujung bulan Muharram. Dalam kapai pakat-pakat buat buboq sora dlm belanga kecik atas dapoq minyak. Tok boh sekali la kurma, kacang, dengan kismeh...


Kismis secawan
Kurma secawan, buang biji
ada kranberri sikit, masukkan juga
Gajus, panggang.




Cairkan gula dan gula merah dan garam dalam air - agak-agak la air tu. Larutkan kemudian tapis.
Ayak tepung ke dalam cairan, kacau larut.
Tenggek kuali atas api, kacau dan masukkan sagu .
Masukkan 2 helai daun pandan yang dipotong 4.


Kacau kacau kacau dan kacau




Bila dah pekat masukkan ubi, pisang ,jagung dan buah kering , kismis, kurma dan kranberi.
Kacau hingga adunan mencair semula baru di masukkan semua kacang. Tambah air panas menggelegak kalau adunan terlalu pekat.


Kacau  kacau kacau kacau kacau

Nak tau dah masak atau belum, tengok sagu nya. Kalau sagu dah jernih, masaklah tu.
Kalau nak test. Ambik sesudu, letak dalam piring, sejukkan. Bila  bubur lekang dengan elok, memang dah sahih masaknya, dan tak terasa tepung!


Sebelum angkat, tabur gajus yang telah dipanggang, kacau hingga elok bersatu.


Tuang dalam bekas....dah boleh mamam dah.....


Kacang tak terasa berketul bila tergigit tapi terasa kacang,
Lembut nyaman ubi keledek tapi tak hancur.
Lemak manis pisang terasa digigit dan dibelai lidah yang mana pisangnya tak hancur.
Masam manis kismis
Kurma haruslah hancur bersatu dalam tepung.
Gajus pun masih terasa rangup.




Bahaya! cukup manis, terasa lemak!


Gambar, esok I masukkan!

No comments: