Tuesday, October 11, 2016

Bubur Asyura Kembali.

10 Muharram kembali lagi. Asyura time again!


Saban tahun baru Hijrah menjelang rindu Asyura pun menjelma tanpa dipinta-pinta. Hairan juga ya.. kalau bulan-bulan lain tak teringat pun bubur asyura.
Memori manis zaman kanak-kanak membawa keinginan hingga ke usia senja. Zaman saya anak-anak dulu, sekampung bergotong royong kacau  bubur asyura berkawah-kawah. Masing-masing datang ke mesjid bawa bahan-bahan mentah kemudian masak bersama-sama.  Bila dah masak makan ramai-ramai dan sepakat membahagi-bahagikan mengikut bilangan anak. Kalau yang beranak ramai. banyaklah dia dapat.  
 






Resepi keluarga ini belum pernah tercatat di mana-mana. Lain orang lain resepinya; lain negeri lain juga ramuannya tapi panggilan pada bubur campur ini sama saja bagi mana-mana negeri
Saya suka yang manis versi utara. Masa dulu buat tanpa resepi,tak ada sukatan, jadi saya sukat dan tuliskan untuk rujukan.






Bahan-bahan yang saya guna:


250 g tepung beras
2 sudu tepung jagung ( ini dah agak moden, kakak ipar saya yang tambah)
300 g gula
260 ml santan pekat
1 litre air
garam,
daun pandan disimpul

(kekacang):
1cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah
1 cawan kacang kuda
1 cup kacang tanah - goring tanpa minyak, buang kulit
1 cawan gajus, - panggang
1 cawan sagu
3 biji pisang
1 ubi keledek
1 cawan jagung tin ( ganti jagung tongkol..)
1 cawan gula merah
1/4 biji labu jika suka





Malam sebelumnya, buat ni:
rendam semua kekacang berasingan

Pagi ni:
Rebus kekacang; satu persatu. jangan campur dan rebus sekali ya..


Rendam sagu dan sejatkan
Rebus ubi yang telah dipotong dadu
Potong serong pisang


Cara Memasak:
Campurkan tepung, gula, gula merah dan air, tapiskan. Campurkan santan dan garam. Masukkan daun pandan.
Masak atas api perlahan dan kacau hingga pekat. Masukkan sagu, tambah air jika terlalu pekat.
Bila dah nampak " buble" campurkan semua kacang (KECUALI GAJUS)
Masukkan pisang dan ubi keledek paling akhir ya!
Terus mengacau hingga masak.


 

2 comments:

tulipurple said...

uishhh...lagu ni ka nak wat 'moih' asyura...aduishhh bley bina muscle siap..huhu.
che bukan org penang,tp che nikah ngan org penang...hehe,mama kami dok dkt dgn kompleks kailan tu ha..ihiks'.nnt balik kg,kami nak pi sggh umah sis nie...bley na?!

cikMilah said...

hmmm, menantu sapa ni haaaa...?
Boleh sangat-sangat ler adik tulip, on the way saja...email kay,
alam.jamilah@gmail.com