Posts

Showing posts from June, 2016

Armenian St, Penang 10200

Image
Secara tidak sengaja kami tiba di sini, waktu berputar-putar mencari cendol kelapa yang katanya enak sangat. Khabarnya dijual oleh mamak. Makanya saya ingin mencuba merasa. Dah jumpa gerai nya. Cendol tentunya street food di Penang, makanya gerainya di pinggir jalan di depan rumah; tapi ia dinaik taraf dengan sususan kerusi meja ala-hipster kata orang sekarang. Setelah bertanya pada pelayan, saya putuskan untuk tidak makan cendol di sini. (sila pm untuk detail...hahaha!) Kami susuri jalan yang sesak dengan basikal, pejalan kaki dan beca. Sepanjang jalan ini bagai muzium hidup,sementelah ia terletak di tengah-tengan zon Tapak Warisan Dunia UNESCO .  Pintu masuk sebuah rumah persendirian; ceria warna bersatu pohon renik yang alami sambil mengekal tradisi  Tingkat atas rumah yang sama Tiba tiba Yang Tengah mengambil alat itu,dan menggoyangnya mengikut muzik.. Membantu memungut derma untuk St Joseph Home. Budak Pengurusan Kreatif ni boleh selamba

Cerita Banjarmasin 3

Image
Catatan yang terlewat.... Sejemput kisah yang terkumpul yang sempat saya ingat dan catat. Masih lagi terpana dengan pemandangan pancuran air yang meriah sebelum masuknya waktu solat. Gambar ini saya ambil dari atas bas pada beberapa waktu yang berlainan ; heningnya tetap sama. Ia terkesan di hati.  Cerita permata pula...  Saya tak pandai membeda permata asli dan campuran; lalu saya tinggalkan saja gelang,cincin dan rantai, simpan dalam kenangan. Beralih pada tasbih sebagai cenderahati nanti. Rasanya lebih praktikal. Seorang kakak mengusik... beli banyak-banyak.. nanti kastam tahan, kau bagi saja tasbih!  Mencari tasbih batu amethyst, tapi tak berjumpa... Inilah saja yang saya borong. Dalam jadual yang padat, sempat juga lari ke Wong Solo Banjar Baru yang letaknya di seberang jalan hotel. Sedap ayamnya; saya suka kedua-dua ayam penyet dan ayam bakar. Rasanya lebih sedap dan manis dari yang saya makan di Shah Alam. Oh ya, jus adp