Posts

Showing posts from July, 2016

Wordless Wednesday - Samarinda

Image

Ketupat Pandan

Image
Bila saya pos tentang ketupat pandan di fb, ramai yang komen " tak pernah jumpa", tak pernah dengar, tak pernah makan, rasanya bagaimana, cara membuatnya bagaimana.....dll Tak sangka saya ramai yang tahu tentang ketupat ni... Sejak kecil mak, tok, mak penakan buat ketupat yang berbagai-bagai.  Ketupat palas sendiri pun ada macam-macam balutan. Ketupat  tigasegi, ketupat sila dan ketupat jantung. Pulut ketupat yang sama dibalut dengan daun pandan, kami panggil ketupat pandan. Selain itu ketupat kami juga dibalut dengan daun tebu dan daun kelapa yang putih, yang dibuat ketupat orang selatan! Tiba-tiba saya kepingin ketupat pandan. Ada pandan dan lebar dalam petisejuk, saya pun bingkas sediakan bahan-bahan. Pulut pun tak sempat di rendam dulu, saya tambah sukatan air supaya tidak keras! Malam itu juga, disebabkan rendang dah habis saya resmikan dulu ketupat pandan dengan serunding daging! Hmmmm... puas rasanya makan ketupat panas-panas, lemak wangi lembut membelai rasa.