Wednesday, December 26, 2018

Kuih Bingka Labu Kuning

Bingka Labu sedap dan wangi ini sesuai untuk hidangan petang dengan teh tanpa gula, sedapnya.
.


Bahan bahan:
2 biji telur + setitis esen vanilla
1 1/2 cwn santan (1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air)
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
sedikit garam
1 sudu besar minyak sapi

2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek
Sedikit bijan utk tabur ( sangai sedikit hingga perang)

Cara cara:
Panaskan oven 180-200 darjah celcuis, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar . Saya guna acuan kuih bakar, dapat 2 biji

Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam kuali dan panaskan atas api sederhana hingga naik wap. Kacau jangan berhenti supaya adunan tidak mengental, bila dah mula memekat, angkat dari api.

Tuangkan adunan dalam acuan yg telah dipanaskan tadi. Tabur bijan.
Bakar selama 45 minit hingga masak.

Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar sejuk betul-betul sebelum dikeluarkan dari tin.






No comments: