Kuih Makmur



Ini adalah salah satu kuih hantaran pertunangan dari pihak cik Abang pada 5 Syawal 14.... Awwww... nostalgia. Bukan di sini cinta ku pada kuih ini bermula...tapi sejak kecil. Bila dewasa, inilah kuih wajib setiap raya. Bukan sedikit, ada lah kira-kira 2 kilo tepung di gentel untuk di bagi pada adik beradik. Tidak termasuk tempahan yang bertambah dari tahun ke tahun. Proses membuatnya leceh. Bermula dari menggoreng tepung sampai terasa licin ditangan macam tepung ubi. Ini lah rahsia makmur yang baik. Saya rela menggoreng sendiri kacang tanah, mengupas kulit dan menumbuk dengan lesung batu untuk inti yang lunak. Saya ingin miliki lesung yang di buat dari kayu jati yang biasa di guna untuk mengisar somtam. Agak nya nanti kerja menumbuk kacang lebih cepat kerana lesung itu besar....
KUIH MAKMUR

Bahan-bahan:
500 gram minyak sapi tulin
1 kg tepung gandum - di goreng tanpa minyak

Inti:
300 gram kacang tanah - goreng dan tumbuk sampai hancur

Gula aising
Cawan kertas yang kecil



Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah