Posts

Showing posts with the label Jelly

Sejuk Manis Ramadhan! Agar-agar Ros

Image
Nyaman ditekak.. mudah pula membuatnya... . Saya suka masukkan dalam acuan comel. Dapat banyak pula. Sekali buat boleh simpan sampai akhir puasa. Boleh bagi jiran atau kawan. Paling tidak, simpan sejuk saja dan boleh dikeluarkan waktu orang bertandang tak bagi green light ataupun waktu lewat sediakan iftar dan tak sempat beli makanan... 1 cawan agar-agar tali ( cuci, rendam, tapis dan sukat dlm cawan) 2 cawan gula pasir 3 cawan air 1 kotak kecil santan segera Pewarna/perasa ros Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga cair. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut semuanya Masukkan santan, Kacau selalu. Masak hingga mendidih sedikit. Tapis and tuang dalam acuan sesuka hati.. Sejukkan. Sedia utk dihindangkan

Trifle Blueberry

Image
Salam ambang Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan medan kita menyubur lagha dengan makanan dan minuman. Seharusnya kita bersederhana. Bukannya salah kita sediakan juadah istimewa untuk meraikan Ramadhan dan menjamu selera, cuma biarlah kita berpada-pada; dan paling afdhal ialah kita ikhlas kerana hidangan yang paling hebat ialah yang disediakan dengan penuh keikhlasan. Semuga penat memasak diangkat oleh Allah dan diganjari pahala darinya. Jom kita buat trifle untuk manisan sejuk berbuka. Bahan: Kek span - saya beli yang siap jer... topping blueberry secukupnya 2 biji telur 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung jagung gula pasir secukupnya- agak-agak satu cawan ( bahagi dua) jeli serbuk perisa blueberry Sediakan kastad: Cairkan tepung jagung dengan 1/2 cawan air.Pukul telur dengan susu dan sedikit esen vanila. Panaskan susu dan 1 bahagian gula; bila susu agak suam masukkan telur dan kacau tanpa henti kemudian masukkan cairan tepung jagung dan kacau hingga masak. Kas...

Puding Buah Peach

Image
Momentos... satu waktu dulu, pernah mereka-reka puding ini dari peach segar yang ranum baru dipetik di ladang. Waktu itu Ramadhan jatuh pada cuti musim panas. Agak senggang waktunya kerana siang yang lebih panjang dan kurang kelas di sekolah. Selesai summer class, pergi buat kerja part-time kat pejabat fakulti. Earning few dollars but the experience that counts. Balik apartment, solat dan tidur. Buat homework. Tidur semula. Bila buka mata masih terang benderang. Lambatnya menanti waktu berbuka pada musim panas yang panjang. Mulalah terfikir nak makan macam-macam, dan nak masak macam-macam. Mana ada kedai nak beli makanan untuk tekak Melayu nak berbuka. Mahu tak mahu masak sendiri dan mula la mereka-reka apa saja bahan yang ada kat dapur. Masa tu agar-agar memang mudah dapat kat Asian market tapi kami harus ke Richmond, Virginia atau Raleigh, NC untuk cari stok makanan Asia.  Masa tu belum ada agar-agar serbuk. Saya pun memang tak pandai guna agar...

Agar-agar Nescafe

Image
I need a little caffein in life! So simple yet very sedapppp... 2 sudu besar serbuk agar-agar 5 cawan air 250g Gula 1 sudu teh Nescafe dibancuh dalam 1 cawan air panas. 250ml susu cair Campur semua gula dan serbuk agar-agar. Panaskan air dlm periuk dan tuang campuran gula dan agar-agar perlahan-lahan sambil dikacau, biarkan mendidih. Setelah gula dan agar-agar larut. Bahagi 2. Masukkan campuran nescafe dalam satu belas dan campurkan susu dalam bekas yang satu lagi ,kemudian selangselikan adunan dalam acuan.

Red Bean Jelly

Image
a bouquet of sugar paste roses brought up the raya mood Ingredients: 20 g jelly strips 3 cups sugar 4 cups water 2 cups thick santan or milk 1 can red kidney beans salt, pandan leaf, pink coloring Soak jelly strips. When soften, boil with water and pandan leaf until desolve then add in sugar and continue boiling. Meanwhile, drain off the juice and use only the beans. Mash the beans then pour into the boiling jelly together with santan/milk . Stir and add in salt to taste. Put in few drop of pink coloring to bring up the color. When it starts to bubble, take out of fire and pour into your mold. Serve cold.