Posts

Showing posts with the label Beef

Daging Pesamah

Image
Pesamah Daging pernah saya siarkan lama dulu   disini  . A pa tu pesamah? sesetengah orang memanggilnya besamah atau mesamah. Ia seakan-akan kari pekat, tapi sebenarnya bukan kari. Rasanya lain sikit dari kari daging biasa. Ia perlu ada rasa rempah yang sedap, dagingnya lembut, ada rasa manis dan sedikit masam.Kesukaan saya ni, tapi jarang memasaknya. Pesamah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, malah sedap di cicah roti dan roti jala.  Selalu nya saya masak agak banyak sebab makin disimpan dan dipanaskan, makin sedap. Kalau ada lebihan pesamah ni, saya juga buat sarapan dengan dengan lempeng kelapa...hahaha.. lempiang nyoq atau lempeng kosong saja.. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Daging dan perapan nya. 1 kg daging 2 paket rempah kari 1 labu bawang besar, pilih yang besar saiznya 1 inci halia 5 ulas bawang putih 1 sudu besar gula merah - saya guna gula merah cap bintang :) Bawang besar, halia and bawang putih - dikisar kem...

Kacang Pool

Image
Assalamualaikum, Kacang pool sudah jadi makanan kegemaran keluarga saya. Dulu susah nak dapat foul meddames. Selalu kena pesan dengan kawan-kawan yang pergi Singapura. La ni dah ada foul meddames kat pasaraya di utara ni, senang lah nak masak. Makanan Arab orang Johor asalnya, saya suka buat sebab keluarga suka makan ni, terutama untuk berbuka puasa. Cukup lengkap semua gizi makanan ada di dalamnya. Resepi ni bukan resepi kacang pool yang original. Resepi rujukan yang saya buat dari blog Tiffin Biru, CMG dan juga dari pemerhatian saya waktu Chef Amer Hamzah menyediakan kacang pool untuk sarapan dalam satu kelas beliau yang saya hadiri.Suka hati jer mak ubah suai mengikut selera mak, yerr...     BAHAN-BAHANNYA :-) 250 gram daging kisar 1 tin kacang pool 1 tin kecil kacang peas 2 camca besar rempah kari daging 1 camca besar serbuk ketumbar 10 biji bawang merah * 4 ulas bawang putih * 1 inci halia * ( *dikisar halus ) setengah batang lobak merah* sebuti...

Sahur tadi...Roti Benggali Keema Daging

Image
Sebelum puasa hari tu pergi King Street dan Penang Street beli stok rempah, bawang dan kentang. Suka beli di sana sebab murah dan segar. Bawang tahan sebulan tak berkulat. Kentang pun tak kecut. Sempat juga singgah di Ismailia beli roti. Lebihan roti tu masih segar buat sahur hari ni. Roti benggali bakar dengan keema daging dan telur separuh masak. Roti Benggali terbaik dari Ismailia atau Pitchey Bakery . Memang terkenal sangat terutama kat Penang ni. Saya pernah masuk ke dalam tempat proses roti bakeri ini waktu kelas membuat roti. Ada mesin pengadun besar, jadi tak da lah cerita hal menguli tepung dengan kaki dari bakery terkenal ni, setakat yang saya tahu. Sekitar jalan di situ ada beberapa arca jalanan yang di lekat ke dinding. Menarik, fakta sejarah dan lelucun setempat. Kawasan ini penuh dengan binaan bangunan pra-penjajah dan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya suka keunikannya. Sentiasa sesak dengan manusia pelbagai warna dari pelusuk dunia. Pejalan kaki paling ra...

Stik Daging Lembu & Sos Lada Hitam

Image
Assalamualaikum Percaya tak saya kalau saya katakan.. saya masak panggang daging stik (yang telah diperap 2 jam); kukus couscous, kukus sayur dan masak sos lada hitam dalam masa hanya lebihkurang 30 minit? Boleh... dengan menggunakan magic pan. Tak kisah lah jenama apa, asalkan magic pan / pemanggang ajaib yang begitu popular sedikit masa hari tuuu... STIK DAGING Mula-mula saya perap kepingan daging batang pinang selama 2 jam Daging perlu diketuk-ketuk sikit untuk memecahkan tekstur ira daging. Teknik ini juga membolehkan bahan perapan meresap dengan lebih cepat...jimat masa kan.... Bahan perapan daging ( untuk 4 keping daging 200 gram setiap satu) 1 sudu sos oyster 1 sudu besar serbuk lada chayenne 1 sudu besar gula perang 1 sudu kecil sos wochester 1 sudu kecil lada hitam, goreng sedikit kemudian tumbuk kasar ( boleh jer guna yang segera dari botol tu.. tabur jerr) ( tak ada garam?....) Ya.. saya tak letak garam masa pemerapan. Kata suami nanti daging tu k...

Daging Goreng Sos Lada Hitam

Image
Bahan:  250g daging 67 ulas bawang putih -tumbuk lumat 1 sudu lada hitam - . tumbuk halus kicap masin Tumisan: seulas bawang putih 2 ulas bawang merah sehiris halia dipotong panajng kemudian racik halus Sayur iringan Cendawan butang/kering. Rendam hingga lembut dan perah keluar air nya batang seleri, bawang besar secukupnya daun bawang cili merah dan hijau tomato ceri sos lada hitam Daging dibersihkan, kemudian lumurkan bawang putih yang sudah di tumbuk halus, lada hitam , kicap masin dan sos lada hitam. Perap 1-2 jam atau semalaman. Panaskan kuali ( non-stick pan) , cair kan mentega kemudian goreng pada kedua-dua belah hingga separuh masak. Angkat dan sejukkan sebentar. Jus yang keluar dari daging jangan dibuang, ya! Daging yang dah di masak kemudian di hiris nipis. Panaskan sesudu minyak, tumis seulas bawang putih, sedikit halia dan 2 ulas bawang merah hingga layu, Masukkan jus daging tadi, bersama cendawan , masak perlahan-lahan hingga cendawan masak...

Keema Lembu

Image
makan dengan pelbagai roti: capati, canai atau baguette dan naan. Saya cuba resepi dari mesra.net Kiriman: Adli Sumber: Restoran Zam Zam Singapura OK la..sendiri masak, sendiri makan, sendiri enjoy.... Bahan-Bahan: 1 kilo daging lembu cincang 1 biji bawang besar di dadu 3 ulas bawang putih di cincang ½ kilo kentang yang telah direbus dan dadu ½ cawan tairu ½ cawan susu ½ cawan daun ketumbar di hiris 6 sudu besar minyak sapi Garam secukup rasa 1 tin kacang peas Bahan di kisar 2 ½ sudu teh ketumbar 2 ½ sudu teh jintan manis 1 sudu teh lada hitam 1 inci halia 1 sudu teh kunyit 10 biji cili padi Cara: 1. Panaskan minyak sapi. 2. Tumis bawang besar dan bawang putih 3. Campur bahan yang di kisar. 4. Tumis hingga harum 5. Campur daging cincang. 6 Masak hingga tukar warna. 7. Campur daun ketumbar, air limau dan garam 8. Campur kentang, tairu dan susu 9. Bila mendidih tambah kacang peas dan padamkan api.