Posts

Showing posts from February, 2019

Cafe Kecil di Kota Malang

Image
Hasrat saya, bila sampai ke Kota Malang saya ingin kunjungi café nya yang terkenal di tempat yang terkenal sebagai Kota Kulineri Jawa. Apakan daya, kunjungan bersama pakej pelancungan tidak membolehkan saya santai sesuka hati. Bila saya nampak Hotel Tugu dari kejauhan, saya mohon pemandu pelancung kami Mbak Tina untuk singgah sebentar di Café Tugu yang terkenal itu. Saya mahu beli Strudel Apel Malang. Bangkali kerana kasihankan makcik ni, wanita kacukan Belanda Jawa ini setuju memberi masa 15 minit pada kami... Apalagi.....kesempatan yang ada kami rebut dan cepat-cepat sambar apa yang mahu. Kuih Tradisi yang ingin saya rasa Roti yang di sambar ramai Roti peach. Tempahan orang, tak dapat merasa Kuih Kapit yang tidak dilipat rapat macam kita Telur itik masin, lamanya tak jumpa telur itik warna biru! ambien yang santai dan alami mahu juga saya bawa pulang ... coklat Mongo dari Jogja juga ada this is so so n

Pastry Fruit Cake

Image
Kegilaan pada kek ini sudah berlalu. Kelakar pun ada masa sedang tular tu, macam-macam versi keluar di medsos. Kek Inggeris yang sudah lama popular ini adalah "tea cake" yang digandingkan dengan teh waktu minum petang. Saya sendiri suka makan sambil minum teh chamomile yang lembut rasanya. Kek mentega ini tambah sedap jika kita guna mentega, kalau tidak pun marjerin pun boleh guna.  Bahan A: 100 gram mentega - suhu bilik  180 gram gula kaster  50 gram sourcream.Saya ganti dengan 50gram susu dicampur 2 sudu jus lemon. Bahan B: 3 biji telur gred A - suhu bilik 1 sudu kecil vanilla extract 1 sudu kecil parutan kulit orange/1 sudu besar oren sunquick Bahan C: 210 gram tepung gandum  1 sudu kecil baking powder 500 gram buah segar- strawberi, bluberri, atau pic dalam tin. Bahan D: Snow powder - hiasan  Cara cara: Basuh dan potong buah pada saiz kecil sejam lebih awal dan keringkan dalam penapis ata