Posts

Showing posts with the label Aroma Ramadhan

Sahur tadi...Roti Benggali Keema Daging

Image
Sebelum puasa hari tu pergi King Street dan Penang Street beli stok rempah, bawang dan kentang. Suka beli di sana sebab murah dan segar. Bawang tahan sebulan tak berkulat. Kentang pun tak kecut. Sempat juga singgah di Ismailia beli roti. Lebihan roti tu masih segar buat sahur hari ni. Roti benggali bakar dengan keema daging dan telur separuh masak. Roti Benggali terbaik dari Ismailia atau Pitchey Bakery . Memang terkenal sangat terutama kat Penang ni. Saya pernah masuk ke dalam tempat proses roti bakeri ini waktu kelas membuat roti. Ada mesin pengadun besar, jadi tak da lah cerita hal menguli tepung dengan kaki dari bakery terkenal ni, setakat yang saya tahu. Sekitar jalan di situ ada beberapa arca jalanan yang di lekat ke dinding. Menarik, fakta sejarah dan lelucun setempat. Kawasan ini penuh dengan binaan bangunan pra-penjajah dan diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia. Saya suka keunikannya. Sentiasa sesak dengan manusia pelbagai warna dari pelusuk dunia. Pejalan kaki paling ra...