Posts

Featured Post

Samperit Resepi Lama

Image
Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur. Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk...

1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g 1 tin mentega SCS/buttercup 454 g 7 kuning telur( ayam kampung ) 1 1/4 cawan gula; ( ***)
1 1/2 cawan tepung gandum
***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. ***

Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , bila sebati bar…

Nasi Lemak Sambal Bilis

Image
SalamNasi Lemak Sambal Bilis, bukan sebarang hidangan. Ia judul buku saya yang kedua. Sebuah antologi bersama rakan penulis pemula bimbingan Sri Diah Shaharudin, karyawan yang tetap aktif sejak muda.
Cerita pendek mengusik jiwa kerana ia memori bersama Emak. Saya catatkan rindu yang dalam pada Almarhumah. Ada secebis kenangan sewaktu keluar dari sarang kasihnya, mencari rasa masakan bonda padahal diri tercampak terasing di sebuah benua.  Sukar untuk melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Saya abadikan resepi dan cerita tentang Sekaya Labu. Lemak dan manis yang diceritakan, kerana yang pahit telah saya telan.




A Mixed Feeling in Surabaya

Image
I was like "Whattttt?!!!! Grrrrr...
The history is more catchy that the cigarette making, anyway. At least I see the way Mrs Lim saving her money in the bamboo bank. While Mr Lim is working in the factory, Mrs Lim sell junkies in this little shak. She save the money she earn in the bamboo plank. Yes, the bamboo stand of this humble little shack is actually where she keep the money she earn from selling junkies.
Her collection had finally enough to buy this factory.














Cafe Kecil di Kota Malang

Image
Hasrat saya, bila sampai ke Kota Malang saya ingin kunjungi café nya yang terkenal di tempat yang terkenal sebagai Kota Kulineri Jawa. Apakan daya, kunjungan bersama pakej pelancungan tidak membolehkan saya santai sesuka hati. Bila saya nampak Hotel Tugu dari kejauhan, saya mohon pemandu pelancung kami Mbak Tina untuk singgah sebentar di Café Tugu yang terkenal itu. Saya mahu beli Strudel Apel Malang. Bangkali kerana kasihankan makcik ni, wanita kacukan Belanda Jawa ini setuju memberi masa 15 minit pada kami... Apalagi.....kesempatan yang ada kami rebut dan cepat-cepat sambar apa yang mahu.
Kuih Tradisi yang ingin saya rasa
Roti yang di sambar ramai
Roti peach. Tempahan orang, tak dapat merasa










Kuih Kapit yang tidak dilipat rapat macam kita
Telur itik masin, lamanya tak jumpa telur itik warna biru!
ambien yang santai dan alami






mahu juga saya bawa pulang ...

Pastry Fruit Cake

Image
Kegilaan pada kek ini sudah berlalu. Kelakar pun ada masa sedang tular tu, macam-macam versi keluar di medsos. Kek Inggeris yang sudah lama popular ini adalah "tea cake" yang digandingkan dengan teh waktu minum petang.
Saya sendiri suka makan sambil minum teh chamomile yang lembut rasanya.
Kek mentega ini tambah sedap jika kita guna mentega, kalau tidak pun marjerin pun boleh guna. 


Bahan A: 100 gram mentega - suhu bilik  180 gram gula kaster  50 gram sourcream.Saya ganti dengan 50gram susu dicampur 2 sudu jus lemon.
Bahan B: 3 biji telur gred A - suhu bilik 1 sudu kecil vanilla extract 1 sudu kecil parutan kulit orange/1 sudu besar oren sunquick
Bahan C: 210 gram tepung gandum  1 sudu kecil baking powder 500 gram buah segar- strawberi, bluberri, atau pic dalam tin.
Bahan D: Snow powder - hiasan 
Cara cara: Basuh dan potong buah pada saiz kecil sejam lebih awal dan keringkan dalam penapis atau tisu dapur. Saya hanya potong buah pada saiz kecil bila tiba masanya saja. Ada orang taburkan dengan …