Posts

Showing posts with the label Sekadar Catatan

Cerita Kakak

Image
Kakak dalam cerita ini ialah anak sulung saya. Siswi tahun satu univeristi dekat rumah ni. Sejak mula masuk sekolah hingga Tingkatan  Atas ( di sebut Pra-U sekarang..), dia tinggal di rumah. Bukan main susah nak suruh dia masuk sekolah asrama walaupun dapat tawaran masuk ke sekolah tinggi berprestij, dua kali. Pertama selepas keputusan PMR, kedua selepas keputusan SPM. Saya tak kisah pun dia tak mahu masuk sekolah berasrama, cuma nak bagi dia peluang kalau-kalau dia nak merasa kehidupan asrama macam adik dan kawan-kawan dia. Tinggal lah dia hingga habis sekolah menengah. Sampai masanya, dia pilih universiti dekat dengan rumah. Alasannya tak ada orang nak jaga kucing dia.. (boleh gitu?!) Pada hari pendaftaran masuk universiti; pendaftaran pukul 2.30 petang; pukul 1.45 petang baru bertolak. Sebabnya mencari kucing dia yang hilang keluar rumah; walaupun dia tahu, petang nanti kucing tu akan balik! Dan kucing tu memang balik macam biasa! Agaknya dia susah nak melangkah keluar ...

Dengarlah Bahasa Badan

Menyentuh hari dalam berlari mengejar masa sekaligus mahu segala tugas sempurna, kadang-kadang terabai panggilan halus tubuh sendiri. Letih dan lemah tolak tepi demi sesuap rezeki dan kelansungan hidup berumahtangga . Bagi kita ibu-ibu bekerja ini sering mengambil sikap.. tak apalah berpenat sikit asal mereka bersenang hati. Hilang letih bila tengok anak-anak menyejuk hati. Terbang lesu kala suami memuji. Sakit-sakit urat sendi  otot dan tulang temulang pun biasa-biasa saja rasanya.. Faktor usia..begitulah gurauan nya. Namun bahasa badan sering menjentik sesuatu dalam hati. Terdetik juga gerak hati...( apakah... ). tapi bagai dikata, acapkali tenggelam dalam kita melayan sibuknya acara dan padatnya ketika. Sesekali aku bawa diri ke spa. Tidur dan lelap waktu tubuh dirawat. Nyaman. Antara tidur dan jaga...terasa juga sakitnya simpulan urat cuba dilerai. Sudah dua kali perawat berkata..Rahim sebelah kiri ni macam bengkak sikit puan..." Aku sekadar mengiyakan dan lelap semul...