Posts

Showing posts from October, 2020

Nasi Lemak Sambal Bilis

Image
 Salam Nasi Lemak Sambal Bilis, bukan sebarang hidangan. Ia judul buku saya yang kedua. Sebuah antologi bersama rakan penulis pemula bimbingan Sri Diah Shaharudin, karyawan yang tetap aktif sejak muda. Cerita pendek mengusik jiwa kerana ia memori bersama Emak. Saya catatkan rindu yang dalam pada Almarhumah. Ada secebis kenangan sewaktu keluar dari sarang kasihnya, mencari rasa masakan bonda padahal diri tercampak terasing di sebuah benua.  Sukar untuk melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Saya abadikan resepi dan cerita tentang Sekaya Labu. Lemak dan manis yang diceritakan, kerana yang pahit telah saya telan.