Posts

Showing posts with the label Makanan Tradisi Kedah

Asyura diPenghujung Muharram

Nekad! Nak buat asyura Spesifikasi Penuh. Tak kurang gula, tak kurang santan. Tak puas makan yang kakak abang bagi dan yang dibeli ........mai nak cerita, buat lagu mana...... Kumpulkan bahan dulu. 4 jenis kacang; serba satu cawan  sukatan sebelum rebus. Kemudian rebus kacang berasingan kacang hijau, kacang merah, kacang kuda kacang buah pinggang dalam tin tak payah rebus jagung satu tongkol dihiris ulasnya Ubi keledek oren sederhana, cukuplah rebus separuh empuk Pisang, kita beli pisang awak, kurang sedap kata suami Kita ganti pisang rastali. 5  biji cukuplah , kerat 4 setiap satu. Gula merah timbang , bukan cap bintang yang dalam paket tu Gula merah ni lebih terasa aslinya Gula pasir kasar agak agak Garam kasar Sagu, secawan jugak; cuci dan toskan, tak payah rendam Santan pekat tiga bungkus yang 400 gram sebungkus Air , agak agak saja Tepung beras agak agak 2 cawan tuang terus kemudian ayak. Bahan premium.  Bahan premi...

Bubur Asyura Kembali.

Image
10 Muharram kembali lagi. Asyura time again! Saban tahun baru Hijrah menjelang rindu Asyura pun menjelma tanpa dipinta-pinta. Hairan juga ya.. kalau bulan-bulan lain tak teringat pun bubur asyura. Memori manis zaman kanak-kanak membawa keinginan hingga ke usia senja. Zaman saya anak-anak dulu, sekampung bergotong royong kacau  bubur asyura berkawah-kawah. Masing-masing datang ke mesjid bawa bahan-bahan mentah kemudian masak bersama-sama.  Bila dah masak makan ramai-ramai dan sepakat membahagi-bahagikan mengikut bilangan anak. Kalau yang beranak ramai. banyaklah dia dapat.     Resepi keluarga ini belum pernah tercatat di mana-mana. Lain orang lain resepinya; lain negeri lain juga ramuannya tapi panggilan pada bubur campur ini sama saja bagi mana-mana negeri Saya suka yang manis versi utara. Masa dulu buat tanpa resepi,tak ada sukatan, jadi saya sukat dan tuliskan untuk rujukan. Bahan-bahan yang saya guna: 2...

Ketupat Pandan

Image
Bila saya pos tentang ketupat pandan di fb, ramai yang komen " tak pernah jumpa", tak pernah dengar, tak pernah makan, rasanya bagaimana, cara membuatnya bagaimana.....dll Tak sangka saya ramai yang tahu tentang ketupat ni... Sejak kecil mak, tok, mak penakan buat ketupat yang berbagai-bagai.  Ketupat palas sendiri pun ada macam-macam balutan. Ketupat  tigasegi, ketupat sila dan ketupat jantung. Pulut ketupat yang sama dibalut dengan daun pandan, kami panggil ketupat pandan. Selain itu ketupat kami juga dibalut dengan daun tebu dan daun kelapa yang putih, yang dibuat ketupat orang selatan! Tiba-tiba saya kepingin ketupat pandan. Ada pandan dan lebar dalam petisejuk, saya pun bingkas sediakan bahan-bahan. Pulut pun tak sempat di rendam dulu, saya tambah sukatan air supaya tidak keras! Malam itu juga, disebabkan rendang dah habis saya resmikan dulu ketupat pandan dengan serunding daging! Hmmmm... puas rasanya makan ketupat panas-panas, lemak wa...

Kuih Qasidah Kedah

Image
Kuih qasidah popular dibulan puasa. Selalunya dibuat sendiri, jarang ada gerai pasar ramadan yang menjualnya. Rasanya biasa saja, tak manis, tapi cukup rasa lemak masin manis dari gula putih dan garam.  Agak leceh membuatnya. Tepung perlu dikacau atas api sederhana hingga betul betul masak tepungnya. Rasanya agak istimewa dengan bawang goreng yang garing, semestinya yang digoreng sendiri. Bawang goreng segera memang "tak jalan" dengan qasidah! Qasidah Kedah berbeza dengan qasidah/hasidah orang Selatan dan Pantai Timur. Mereka menggunakan telur dan santan memberi rasa lemak yang agak mewah. Warnanya kuning , berbeza dengan putih polos Qasidah Kedah. Bahan-bahan untuk resepi ini mudah: tepung gandum, air, gula dan garam 1 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 1 sudu besar gula (kalau suka manis letak lebih sikit) sedikit garam sehelai daun pandan Bawang goreng: 5 ulas bawang merah ( lagi banyak lagi sedap ) Minyak untuk menggoreng. Cara-cara: Campurkan semua ...

Daging Pesamah

Image
Pesamah Daging pernah saya siarkan lama dulu   disini  . A pa tu pesamah? sesetengah orang memanggilnya besamah atau mesamah. Ia seakan-akan kari pekat, tapi sebenarnya bukan kari. Rasanya lain sikit dari kari daging biasa. Ia perlu ada rasa rempah yang sedap, dagingnya lembut, ada rasa manis dan sedikit masam.Kesukaan saya ni, tapi jarang memasaknya. Pesamah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, malah sedap di cicah roti dan roti jala.  Selalu nya saya masak agak banyak sebab makin disimpan dan dipanaskan, makin sedap. Kalau ada lebihan pesamah ni, saya juga buat sarapan dengan dengan lempeng kelapa...hahaha.. lempiang nyoq atau lempeng kosong saja.. Bahan-bahan yang diperlukan: 1. Daging dan perapan nya. 1 kg daging 2 paket rempah kari 1 labu bawang besar, pilih yang besar saiznya 1 inci halia 5 ulas bawang putih 1 sudu besar gula merah - saya guna gula merah cap bintang :) Bawang besar, halia and bawang putih - dikisar kem...

Gulai Lemak Jantung Pisang

Image
Sesekali balik kampung saya suka merayap keliling rumah mencari apa-apa yang boleh dimasak. Kebiasaannya begitulah. Dulu waktu kecik saya membesar dengan tugas yang yang tak perlu disuruh untuk siapkan makan tengahari dan malan jika cuti sekolah. Mak dan pak disawah dan dikebun. Hidup di kampung mengajar kita untuk berupaya menghidangkan makanan walau peti sejuk kosong tak ada sayur. Telur memang tak pernah putus bekalan dari sekawan itik direban dan ayam disanggar. Ikan kering pun sentiasa ada. Kadang-kadang ada ikan darat dari sawah atau sungai dalam kurungan. Kiranya tak ada masalah kalau pakcik penjual ikan sayur tak singgah. Kebiasaannya begitulah, dan ia terbawa-bawa hinga sekarang. Kerapkali anak dan suami mengekor saya mencari apa-apa untuk di masak. Tanpa menu, apa yang kami jumpa itulah yang kami masak. Kali ini kami jumpa buah janggus, jantung pisang dan ulam-ulam. Wah, cukup seronok, sebab dah lama tak makan masak lemak jantung pisang. Jomm... masak!    ...

Kari Pekat Ikan Bawal Hitam

Image
  Waktu bergelar pelajar lah kita belajar berdikari. Apatah lagi merantau nun jauh di dunia sebelah sana. Mana mungkin boleh hidup tanpa sambal dan kari. Sehari dua boleh tahan, kalau dah jadi pemastautin kenalah menolak diri mencari cara untuk melayan citarasa dan lidah Melayu. Mahal pun mahal lah. Rempah ratus, belacan dan cili padi dicari jua walau pun kedai barang-barang Asia jauh di luar sempadan negeri; tahan memandu empat jam untuk mencari rempah, cili, asam, kicap dan daging halal.  Kadang-kadang tergelak bila ingatkan "kelaku tak jughuh" ketika tu. Waktu tu tak ingat apa pun....janji halal. Kenangan ini sering terimbau kerana di sanalah titik mula saya belajar masak. Belajar mengenal bahan makanan, memilih yang baik, halal haram, bagaimana menyimpan dan memasak dengan baik. Kawan serumah dari Kelantan, darinya saya belajar masak nasi dagang dan kuih cik mek molek. Seorang dari selatan mengajar saya laksa johor dan asam pedas yang...

Lompang Gula Melaka

Image
Assalamualaikum... semuga hari mu indah! Petang-petang gini.. bulan Ramadhan dulu kita rajin ke dapur buat kuih. Jom la kita teruskan.. Untuk lompang gula melaka ni saya guna agak banyak gula melaka dan tak campur pun gula pasir. Sukanya saya bila kelikatan air gula bersatu dengan wangi aroma daun pandan...hmmmm...menusuk selera Entri kali ini sebenarnya untuk penuhi permintaan anak saudara saya yang suka masak dan menjamu. Jom kita tengok dan buat lompang berlesung pipit! Bahan-bahan: 2 cwn tepung beras 1/2 sudu kecil kapur (bancuh dengan 1/2 cawan air dan tapis) Sedikit kelapa parut dan digaul dgn sedikit garam 2 ketul gula melaka 4 cwn air daun pandan Cara cara: Masak gula melaka dengan air hingga larut bersama daun pandan. Tapis dan sejukkan. Tuang air gula yang telah sejuk ke dalam tepung sambil dikacau rata. Masukkan air kapur dan kacau sebati. Tapis adunan ke dalam bekas.  Didihkan air dalam kukusan. Setengah orang suka letak sedi...

Nasi Kerabu Kedah

Image
yuuu huuuuuu....Nasi kerabu sayur keladi! Siaran tertunda. Masak nasi kerabu ni masa bulan puasa tapi gambar nya baru jumpa! Kalau bulan puasa memang la mencari nasi kerabu " Kedah old fashioned" ni. Kena buat sendiri baru tepati citarasa. Cheewah, macam la pandai sangat...Tak da pun... cuma terfikir jugak, kalau tak buat sendiri bila nak pandai kan! Alkisahnya, satu pagi minggu saya di pasar basah terjumpa ulam segar. Saya pun beli beberapa ikat pucuk janggus/gajus, cabang tiga, putat, kesum, peria pantai dan selasih. Puas hati dapat pucuk-pucuk ni. Nak guna sikit saja tapi kena lah beli tiap satu. Balik dari pasar saya terus masak nasi. Masak awal sebab nasi kerabu ni kena guna nasi yang dah sejuk. Bahan-bahan yang perlu untuk nasi kerabu Kedah Bahagian nasi: Nasi putih secukupnya. Untuk sukatan ini saya gunakan 3 cawan beras. Tanak dan sejukkan, Kacau biar berderai. supaya mudah menggaul nanti. Ulam-ulaman : pucuk-pucuk ulam berbagai jenis; sekurang-kurang...

Putu Kacang

Image
Aruah mak memang pakar membuat put kacang. Kuih buatan mak relai dalam mulut. Saya cuma melihat mak membuatnya, tak kisah nak tanya ke, nak salin ke. Pandai makan saja. Bila mak telah tiada, terkulat-kulat la mencari...tapi yang ada dalam pasaran tak menepati citarasa. Resepi kuih ini saya ambil dari buku Kuih Muih Utara tulisan Datuk Zakiah Hanum. Resepi Datuk Zakiah 100% menjadi pada setiap kali saya mencubanya. Berbaloi saya bayar berpuluh ringgit untuk buku seperti ini. 600 g kacang hijau 600 gula halus ( saya gunakan gula pasir yang dikisar dan di ayak) Acuan putu kacang Goreng kacang hijau, buang kulit dan kisar hingga lumat kemudian di ayak. Gaul serbuk kacang dan serbuk gula dan basahkan tapak tangan semasa menggaul untuk melembabkan adunan. Campuran ini di buat sedikit sedikit, kemudian tekan kedalam acuan hingga padat. Terbalikkan acuan,. ketuk perlahan-lahan hingga putu kacang keluar dari acuan. Jemur dibawah panas matahari yang sederhana, kemudian simpan dalam bekas...