Posts

Showing posts with the label Nasi.

Nasi Daging Kenduri Korban- RE POST!

Image
Terkini 30 Sept 2014 Assalamualaikum warhmatullah...Salam Aidil-Adha dan salam hari tashriq Firman Allah yang bermaksud "Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang yang sangat fakir". (Surah Al-Hajj:28). Maka ia akan membahagikan daging korban itu kepada tiga bahagian - untuk dimakan (orang yang berkorban), untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin dan untuk dihadiahkan (kariah dan lain-lain). Ada juga yang empunya korban mengambil sunat memakan sedikit sahaja daging korban dan selebihnya disedekahkan. Nikmatnya ibadah korban, kan? Daging korban bahagian kita dah kita sedekahlan, kemudian berganda-ganda Allah kembalikan nkmatnya dengan pemberian dari sanak saudara dan sahabat handai pula.  Sehari dua ni saya masak terus daging yang di hadiahkan pada saya untuk meraikan tetamu yang datang berkunjung. Sedap makan daging segar ni. Masak goreng kunyit pun cukup perisa! Kalau ada masa nanti saya buat nasi daging InsyaAllah. Kena tunggu cuti hujung minggu...

Nasi Kerabu Kedah

Image
yuuu huuuuuu....Nasi kerabu sayur keladi! Siaran tertunda. Masak nasi kerabu ni masa bulan puasa tapi gambar nya baru jumpa! Kalau bulan puasa memang la mencari nasi kerabu " Kedah old fashioned" ni. Kena buat sendiri baru tepati citarasa. Cheewah, macam la pandai sangat...Tak da pun... cuma terfikir jugak, kalau tak buat sendiri bila nak pandai kan! Alkisahnya, satu pagi minggu saya di pasar basah terjumpa ulam segar. Saya pun beli beberapa ikat pucuk janggus/gajus, cabang tiga, putat, kesum, peria pantai dan selasih. Puas hati dapat pucuk-pucuk ni. Nak guna sikit saja tapi kena lah beli tiap satu. Balik dari pasar saya terus masak nasi. Masak awal sebab nasi kerabu ni kena guna nasi yang dah sejuk. Bahan-bahan yang perlu untuk nasi kerabu Kedah Bahagian nasi: Nasi putih secukupnya. Untuk sukatan ini saya gunakan 3 cawan beras. Tanak dan sejukkan, Kacau biar berderai. supaya mudah menggaul nanti. Ulam-ulaman : pucuk-pucuk ulam berbagai jenis; sekurang-kurang...