Posts

Showing posts with the label Makan Untuk Sihat

Leter Mbak Reny Bhgn 2

Image
Leter mbak Reny terkesan juga dihati. Saya keluar dari spa dan terus ke kedai runcit. Alhamdulillah.. ada pun ibu kunyit..Segar lagi. Sementara masih bersemangat baik juga diteruskan sebelum azam terkulai layu. Asam kunyit ini bukan baru bagi saya.. cuma tak diamalkan berterusan. Macam biasa.. bila badan dah sakit barulah mencari ubat.. Makan jamu ikut mood.. makan bila-bila suka.Kalau dulu mak selalu ingatkan... jaga badan.. badan tu nak pakai lama...tapi sekarang tiada lagi  peringatan itu, lantas saya pun alpa dan tenggelam dalam kesibukan sendiri. ( sayu pulak.. sudah teputus rahmat dan doa ibu setelah dia di angkat ke sisi kekasihnya).al-Fatihah untuk mak. Ibu kunyit saya rendam sebentar kemudian saya cuci bersih-bersih menggunakan berus botol bayi untuk keluarkan semuga kotoran. Walaupun tak ada baby di rumah ni, saya simpan berus ini untuk tujuan begini.  Semuga benda kotor yang zahir mestilah dicuci bersih2 sebab kita nak guna sekali dengan kulitnya.. Selepas cuc...