Posts

Showing posts with the label Jalan Hidupku

Hadapi Zaman Fitnah

Image
Al-Murobbi Syaikh Dr. Yusri Rusydi Al-Hasani: Perawat Jasad dan Roh Nama beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani. Seorang doktor pakar bedah yang murobbi, alim, zuhud dan wara', juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama Al-Azhar As-Syarif. |Latar Belakang, Pendidikan dan Pembelajaran| Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang ‘Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية(Saluran Darah) juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Dok...

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum oleh: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman   www.zaharuddin.net Nota cikMilah: Terlalu indah dan bagus untuk tidak dikongsi naskah ini KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN.. Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. Disebutkan oleh Nabi SAW : "Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu" (Riwayat al-Bazzar ; Albani : Sohih). Allah SWT pula berfirman : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ "Demi Fajar dan hari-hari (malam-malam) yang sepuluh" ( Al-Fajr : 1). Majoriti ulama menyatakan malam sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukannya sepuluh terakhir Ramadhan. (Zad Al-Ma'ad, Ibn Qayyim). Perlukan difahami di dalam lafaz bahasa arab, malam juga membawa maksud siang dalam konteks tertentu, demikian juga sebaliknya. Malah Imam Ibn Abbas send...

Bismillah Lima

Image
Assalamualaikum... Ibu saya mengajar Bismilah 5 sejak kecil. Sebelum masuk sekolah saya sudah menghafal doa ini. Alhamdulillah. Tugas kita tidah terhenti setakat itu; saya kongsikan di sini petikan daro blog kegemaran saya untuk bacaan dan renungan kita. http://shafiqolbu.wordpress.com/tag/bismillah-4567920/ . “Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim . Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian. . . Fadhilat Bismillah 5 . Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut: . 1. Menghalang jin dan syaitan 2. Terpelihara dari bahaya dan musuh 3. Penawar pelbagai racun dan bisa. 4. Penawar penyakit gila meroyan. 5. Melegakan bengkak dan benjol. 6. Penawar kep...