Posts

Showing posts with the label Desert

Wordless Wednesday Ramadhan! Pavlova

Image

Sejuk Manis Ramadhan! Agar-agar Ros

Image
Nyaman ditekak.. mudah pula membuatnya... . Saya suka masukkan dalam acuan comel. Dapat banyak pula. Sekali buat boleh simpan sampai akhir puasa. Boleh bagi jiran atau kawan. Paling tidak, simpan sejuk saja dan boleh dikeluarkan waktu orang bertandang tak bagi green light ataupun waktu lewat sediakan iftar dan tak sempat beli makanan... 1 cawan agar-agar tali ( cuci, rendam, tapis dan sukat dlm cawan) 2 cawan gula pasir 3 cawan air 1 kotak kecil santan segera Pewarna/perasa ros Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga cair. Masukkan gula dan masak lagi hingga larut semuanya Masukkan santan, Kacau selalu. Masak hingga mendidih sedikit. Tapis and tuang dalam acuan sesuka hati.. Sejukkan. Sedia utk dihindangkan

Classic Tiramisu

Image
Assalamualaikum, Sejak isu halal jadi panas kerana jenama coklat popular tercemar baru-baru ni, saya rasa ramai antara kita sudah bina jarak sempadan dari mendekati beberapa jenis makanan yang mungkin samar-samar status halalnya dek kekurangan ilmu kita sendiri untuk pastikan makanan itu benar-benar halal sebelum disuap ke mulut. Tiramisu tergolong dalam senarai manisan yang perlu kita perhatikan kandungannya kerana ia mungkin menggunakan gelatin dan krim keju yang ditampabah pengemulasi makanan dari sumber yang tidak halal. Sejak lama dulu, saya sendiri tak tergamak untuk beli tiramisu dari kedai dan tidak sentuh tiramisu di hotel. Hati tidak membenarkannya walau mata amat pesona. Nampak sedap sungguh persembahan mereka. Mencari yang halal itu fardhu. Sebaiknya buat tiramisu sendiri; pilih bahan yang halal dan buat sendiri atau pun beli dari sumber yang benar-benar sahih.. Sedap desert ni..mudah pula membuatnya dan tak perlu banyak masa. Resepi asal dari allrecipi.com tapi say...

Trifle Blueberry

Image
Salam ambang Ramadhan. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini bukan medan kita menyubur lagha dengan makanan dan minuman. Seharusnya kita bersederhana. Bukannya salah kita sediakan juadah istimewa untuk meraikan Ramadhan dan menjamu selera, cuma biarlah kita berpada-pada; dan paling afdhal ialah kita ikhlas kerana hidangan yang paling hebat ialah yang disediakan dengan penuh keikhlasan. Semuga penat memasak diangkat oleh Allah dan diganjari pahala darinya. Jom kita buat trifle untuk manisan sejuk berbuka. Bahan: Kek span - saya beli yang siap jer... topping blueberry secukupnya 2 biji telur 1 tin susu cair 2 sudu besar tepung jagung gula pasir secukupnya- agak-agak satu cawan ( bahagi dua) jeli serbuk perisa blueberry Sediakan kastad: Cairkan tepung jagung dengan 1/2 cawan air.Pukul telur dengan susu dan sedikit esen vanila. Panaskan susu dan 1 bahagian gula; bila susu agak suam masukkan telur dan kacau tanpa henti kemudian masukkan cairan tepung jagung dan kacau hingga masak. Kas...

Sekaya Labu / Pumpkin Custard

Image
Sejak kecik dah pandai buat labu gini. Aruah Mak selalu suruh saya buatkan untuk minum petang dan  abang-abang saya amat sukakan sekaya labu...Warisan makanan Selatan Thai ; ingat sikit-sikit nama Siam  nya, Sung Kyaa...ntah apa ntah...sebelum ia hilang terus, elok juga di kongsikan. 1 biji labu kecil 3 biji telur secawan gula perang 1 1/2 cawan santan pekat garam secukup rasa potong bahagian atas labu  dengan cermat, menadi penutup pada labu tadi.  Angkat penutupnya dan kaut keluar biji labu, kemudian bersihkan. Kacau bahan-bahan di atas hingga sebati kemudian masukkan ke dlam labu tadi. Tangkupkan penutupnya. Kukus selama 30-40 minit Sejukkan sebelum di potong... hmmmmm... nyaman dan enak di "kawan"kan dengan teh kosong kurang gula!!!

Agar-agar Nescafe

Image
I need a little caffein in life! So simple yet very sedapppp... 2 sudu besar serbuk agar-agar 5 cawan air 250g Gula 1 sudu teh Nescafe dibancuh dalam 1 cawan air panas. 250ml susu cair Campur semua gula dan serbuk agar-agar. Panaskan air dlm periuk dan tuang campuran gula dan agar-agar perlahan-lahan sambil dikacau, biarkan mendidih. Setelah gula dan agar-agar larut. Bahagi 2. Masukkan campuran nescafe dalam satu belas dan campurkan susu dalam bekas yang satu lagi ,kemudian selangselikan adunan dalam acuan.

Corn and Bread Pudding

Image
Simple and yummy bread pudding... 6-8 slices bread 1 cup cream style corn 5 table spoon sugar 2 table spoon corn flour 2 cups milk ( fresh milk or a mix fr milk powder) 1 egg Beat sugar, corn flour milk and egg all together. Add a pinch of salt if you like. Lay bread to cover the bottom of the pan. Pour in milk until breads are soaking wet! Grease a layer of corn then repeat the process. Top layer shall be covered by bread. Bake for 30 min. ( This also can be microwaveable for 8-10 mins) Serve cold.

Salad Udang, Ikan & Ayam Bakar, Manisan Buah Pear

Image
cikMilah tolak jer pintu, bau semerbak dari dapur menyeluruh rumah kami yang kecik ni...Oh, cik Abang masak untuk birthday Kakak! Dah terhidang pun....apalagi sambar camera dan tembak dulu...Inilah juadah untuk sambut harilahir ke-14 anak dara sulung tuu! Ni cikMilah posting gambarnya yer.... Resepi nya nanti cikMilah kena cakar rimau dulu...kih, kih kih! Salad udang dan otak-otak sebagai apertizer... ikan fillet/dori dibakar dengan bawang putin dan minyak zaitun, curahkan sos plum dan cendawan oyster, si dia buat sos sendiri tau. Roti bawang putih & tuna mayonis pun ada... Ayam hidroponik bakar, sedap dan wangi ; tak tau rempah apa cikAbang letak. Bila tanya dia senyum-senyum pulak! hmmmmmm..... manisan buah pear dalam sirap pudina - sedap dan wangi you... Bila lagi nak puji suami kannnn....Thanks so much dear.