Saturday, January 12, 2008

Sambal Sotong Bergajus



Resepi asal Chicken Cashew Nut Dari Dapur Maklang . Sengaja mengubah selera ... tiba-tiba sedap la pulak!
1 keping sotong kembang
2 labu bawang besar
15 tangkai lada
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
2 sdb kicap pekat
Gula, garam secukup rasa
1 sudu minyak bijan
1 cawan gajus
minyak masak

Persediaan:
Cuci sotong dengan tepung jagung untuk menghilangkan lendirnya. Kukus sotong seekor/tanpa di potong hingga lembut untuk mengelakkannya mengeluarkan air berlebihan dalam kuah nanti. Bila sejuk barulah di potong ikut suka hati.
Buang biji cili, celur untuk mengurangkan pedas.Kisar cili kering dan bawang hingga lumat.
Goreng gajus tanpa minyak hingga rangup.
Hiris bawang merah dan bawang putih untuk tumisan.

Cara:
Satukan minyak masak dan minyak bijan dalam kuali.
Tumis bawang hingga garing.
Masukkan cili, kacau, masukkan gula dan garam. Masak hingga cili menjadi garing.
Masukkan kepingan sotong. Kacau sebati.
Masukkan kicap pekat, sos tiram dan tambah gula garam mengikut citarasa.
Akhir sekali masukkan gajus. Kacau rata.
Dah siap dah....
Sedap di makan dengan nasi putih atau nasi lemak.

No comments: