Sunday, November 23, 2008

Mee Rebus Tulang

Bahan-bahan:
600 gm mee kuning

Kuah:
i. Bahan-bahan dikisar halus
12 tangkai cili kering
10 labu bawang merah
2 batang serai
1/2 inci halia
2 sudu besar udang kering
ii. Pemekat kuah
3 biji keledek merah direbus dan lenyek halus
100 g pes tomato (tin kecil)
3-4 sudu besar kacang tanah yang telah disangai dan ditumbuk hancur
2 sudu besar bijan yang telah disangai

iii. Sup tulang
600 gram tulang rusuk
rebus tulang dengan garam, sup bunjut, daun pandan dalam pressure cooker.

Taburan:
4 biji telur direbus
4 keping tauhu digoreng
bawang goreng
cili merah dihiris
limau kasturi
daun bawang dan daun sup
taugeh dicelur

Perisa:
garam, gula merah
asam keping

Tumisan:
kulit kayu manis, bunga cengkih, bawang merah dan bawang putih diracik.

Panaskan sedikit minyak dalam periuk kemudian tumiskan bahan tumisan hingga naik bau.
Masukkan bahan yang dikisar halus dan masak hingga garing dan terbit minyak kemudian curahkan sup tulang ke dalam periuk tumisan. Masukkan sekali asam keping bersama sup tadi dan biarkan hingga menggelegak. Satukan bahan pemekat masukkan dalam kuah dan kacau hingga rata. Perisakan dengan garam dan gula merah.
Biarkan merenih hingga kuah pekat... jika kuah masih cair, bancuh tepung jagung dan masukkan dalam kuah.

Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis.....
Letak mee dalam mangkuk atau piring sup. Setengah orang suka letak taburan kemudian curahkan kuah ke atasnya, Saya suka curahkan kuah atas mee, kemudian baru di tabur kan bahan taburan.. nampak meriah kalau menghidang...
...yang ni ikut kreativiti atau kesukaan sendirilah kan...


5 comments:

Fakhzan Marwan said...

sedap nyerrrrrrrrrrrr....aaaaaa....camna nak carik bahan2 kat sini...huhuuhu

cikMilah said...

ala siannya adikku sorang ni..
bahan biasa jer tu.. kat asian food stor kan ada...
Dan tulang tu, kalau tak ada guna daging pun boleh...:)

Kak Elle said...

it looks yummy but I don't like tulang....

mama~eeNa said...

tq 4 sharing d recipes. kalau ck milah nk tau apa2 pasal kek, bgtau ok. Insyallah, sy tunjukkan. Malu pulak sb sy selalu refer kat blog ck milah nk dpt resipi.Mcm org kata..sharing is loving laa..

ummi said...

Salam CikMilah..aduhaiii x tahan tgk mee rebus tulang nih!!! Dan-dan tu rasa lapor..kena pulak musim hujan jek kat Kuantan nih!