Monday, April 18, 2011

Kentang Cili Padi

perrrgghhhh...pedas!

4 biji kentang
2 cili merah
sebatang serai
sehiris halia
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 biji telur
2 sudu tepung gandum
gula, garam
7 biji cili padi -hiris memanjang

Cara:
Kupas kentang, potong wedges kemudian rebus hingga masak. Toskan .
Kisar cili merah, serai, halia, bawang hingga halus.
Tabur garam pada kentang, gaulkan denagn telur dan tepung gandum hingg elok bersalut. Goreng hingg kuning.
Tumis cili padi hingga terbit bau, kemudian masukkan bahan kisardan masak  hingga wangi, masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan kentang yang sudah digoreng. Kacau rata hingga bahan tumisan bersalut pada kentang...Siappp!

3 comments:

Anizah said...

Suke sangat2 resepi ni..

Ummi said...

Assalamualaikum CikMilah, apa khabar? Lama x nampak..ni baru muncul yea..hehee...Sedapnya kentang cili padi camtu...kalau makan dgn nasi ni mau x igt doooniaaa..hehehe

cikMilah said...

Anizah, sedap kan.. simple lagi. Kejap ja dah siap. Cuba ya!

Waalaikum salam Ummi, tuuuu dia, dekat setahun dapoq cikMilah tak berasap.. hehehe.
Mmg sedap, simple dan cepat dimasak bagi mak-mak yg bz cam kita ni...
Ummi sihat.. jap ya, nanti pi jenguk dapoq Ummi