Monday, July 16, 2012

Snowball Cookies


Snowball Cookies.

Biasa jumpa resepi snowball ni dalam internet  sebagai resepi untuk perayaan hari natal. Mudah dan sedap dan ia dipopularkan oleh kenalan maya, Baya Wanchik ybg kini bermastautin di Wisconsin , US dalam group Rnet. Meletup-letup..jom tengok dan cuba buat

Bahan bahan

2 cawan tepung
2 cawan kekacang dicincang kasar - saya guna badam hancur.( resepi asal, walnut, macadamia dll)
1/4 cawan gula halus.
1 cawan mentega cair
1 sudu teh esen vanila
gula aising secukupnya untuk salutan

Method:
Panaskan oven.
Campurkan tepung, kekacang, gula, butter and vanilla, kacau sebati- kalu guna mixer, guna klajuan minima
Dengan mengunakan teaspoon, sudu dan bulatkan dough 1 inci bola
Letak diatas dulang pembakar, jarakkan sedikit.
Bakar selama 18-20 minute atau sehingga nampak keperangan.
Keluarkan dan terus gaul dalam gula aising. Ketepikan, bila dah sejuk, gaul dalam gula aising sekali lagi.
Simpan dlm bekas kedap udara utk kekalkan kerangupan kekacang dalm biskut tadi.



2 comments:

ELLYDA said...

sedap nya tgk snowball... cm rasa melt in mouth pulakkkk...

NEKCIK said...

sok nekcik nak buat..thanks for sharing!!