Monday, September 3, 2012

Ayam Bakar Berempah


ceduk; copy paste dr Kak Hanieliza...gambar ja sdn bhd!
Semalam tengok bahan mentah dlm frez dah hampir zero..Masak jer apa yang ada untuk iftar esok...Malam tu jugak perap; tadi lepas balik kerja; masuk  dalam oven..Sedap makan nasi panas dengan salad kentang , salad arab dan dalca.
Terima kasih kakLiza...

Bahan
1/2 ekor ayam [potong 4]
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang jaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

Tips
Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 2o -30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].




No comments: