Sandwich Victoria

Assalamaualaikum
Minggu lepas adalah minggu yang amat sibuk. Saya ni kalau sibuk dan tertekan, tekak asyik minta makan . Teringin nak makan sandwich victoria tapi tak ada jual la pulak kat sini. Kat KL ada la kot, setakat ni bakeri atau bread house/kedai roti kat shopping mall di Seberang Perai ni, belum nampak lagi menjual kek jenis ni. Bertahun saya tak buat sandwich victoria sebab resepi asal hilang dalam simpanan. Tak payah lah berputus asa kan, banyak resepi kat internet. Saya ambil resepi dari blog sorang British, sebab di sana lah asalnya sandwich victoria ni. Begitupun, resepi asalnya pada saya terlalu manis; lalu saya olah sendiri mengikut selera saya.

225 g mentega ( saya guna salted butter)
200 gula caster
4 biji telur A
225 g tepung kek/ naik sendiri
1 1/4 sudu kecil paras baking powder
100 g susu segar
2 biji loyang 8 inci


Cara membuatnya tak susah: sama macam kek butter
Campurkan semua bahan and putar dengan kelajuan tinggi.
Bila adunan dah bertukar warna krim ; masukkan dalam 2 tin agak-agak sama rata;
Bakar dalam oven dalam 15 - 20 minit mengikut tahap kepanasan oven anda.
Biar sejuk dalam oven...


Kompot Stroberi
250 g stroberi segar - hiris nipis
1/2 cawan gula pasir
2 sudu air perahan lemon


Masukkan 3/4 sukatan stoberi, gula dan perahan limau dalam pan, Kacau sambil renihkan hingga gula cair dan stroberi lembut
Angkat dan sejukkan . Kisar campuran ini hingga halus. Masukkan kembali dalam pan, masukkan lebihan stroberi , kacau jangan henti hingga stroberi jadi lembut dan agak pekat baru di angkat dari api.
Masukkan dalam bekas lain sebaik di angkat,
Sejukkan / seeloknya semalaman dalam peti sejuk sebelum diguna atas kek.

Tip membentuk sandwich :anda boleh pilih samada...
1. Sapukan terus kompot pada sebiji kek, kemudian lapiskan dengan yang satu lagi. Tekan sikit supaya melekat. Ayak gula aising ke atasnya
2. Sapu lapisan nipis kompot pada sebiji kek; kemudian lapiskan dengan kek yang satu lagi. Kemudian, sapu bahagian atas kek dengan lapisan yang lebih tebal.( macam gambar bawah tu..)
3. Boleh juga di sapu dengan krim segar sebelum dilapisikan dengan kompot.
4. Kalu tak nak buat kompot, boleh juga guna jem... tapi AWAS.. manisnya.. alaaa... hai...

Pada kawan-kawan yg minta resepi kat FB tu...selamat mencuba..

Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah