Wednesday, May 29, 2013

Bingka Labu, ya Mulan....

lamanya tak update resepi sampai cik nyonya comel Mulan bertanya....
hokkey dik.. jom kita makan bingka hari ni.




 Sepotong bingka labu kita kawankan dengan teh kurang manis untuk minum petang.. alahai...


Bahan-bahan A
200 gram tepung gandum
150 gram gula pasir
80 gram majerin

Bahan-bahan B
500 gram labu yang dah siap direbus dan lecek
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
200 gram santan pekat ( saya guna terus dari kotak)

bijan secukupnya



Cara membuatnya:
Satukan bahan A dan gaul menggunakan teknik hujung jari sehingga semua bahan sebati menjadi seperti serbuk roti.
 
Satukan bahan B dan kacau dengan menggunakan whisker hingga sebati.
Campurkan A dan B dalam kuali; dan masak dengan api sederhana sambil dikacau. Pastikan adunan tidak berketul. Kacau hingga hampir-hampir pekat.
 
Tuang adunan dalam loyang yang sudah disapu dan  taburkan bijan jika suka. Bakar hingga masak.


No comments: