Leter Mbak Reny Bhgn 2

Leter mbak Reny terkesan juga dihati. Saya keluar dari spa dan terus ke kedai runcit. Alhamdulillah.. ada pun ibu kunyit..Segar lagi. Sementara masih bersemangat baik juga diteruskan sebelum azam terkulai layu.

Asam kunyit ini bukan baru bagi saya.. cuma tak diamalkan berterusan. Macam biasa.. bila badan dah sakit barulah mencari ubat.. Makan jamu ikut mood.. makan bila-bila suka.Kalau dulu mak selalu ingatkan... jaga badan.. badan tu nak pakai lama...tapi sekarang tiada lagi  peringatan itu, lantas saya pun alpa dan tenggelam dalam kesibukan sendiri. ( sayu pulak.. sudah teputus rahmat dan doa ibu setelah dia di angkat ke sisi kekasihnya).al-Fatihah untuk mak.

Ibu kunyit saya rendam sebentar kemudian saya cuci bersih-bersih menggunakan berus botol bayi untuk keluarkan semuga kotoran. Walaupun tak ada baby di rumah ni, saya simpan berus ini untuk tujuan begini.  Semuga benda kotor yang zahir mestilah dicuci bersih2 sebab kita nak guna sekali dengan kulitnya.. Selepas cuci, kita sucikan pula dengan selawat 12 kali...amalan biasa la kan..
kemudian parut . Saya guna parut yang sedang..jom kita racik sendiri kunyit asam kita.
Saat ini, terkenang juga.. alangkah bahagia nya kalau ada kunyit asam segera.. koyak peket dan campur saja dengan air.. terus minum.. kan best kan?. tapi semua yang segera tetap tak sama jika dibandingkan dengan racikan sendiri.
Bahan-bahan untuk ramuan asam kunyit iket resep mbak Reny. Katanya ini warisan nenek moyangnya.

Asam jawa  250 gram.
Kunyit 250 gram.
Gula melaka 2 keping
Air 1 liter.
Garam secukup rasa

Perah kunyit yang diparut tadi dengan sebahagian dari air kemudian rebus. Setelah panas, masukkan asam dan gula, kacau hingga gula hancur. Didihkan, kemudian masukkan garam. Angkat, sejukkan sedikit kemudian tapis dan simpan dalam botol. Boleh di simpan dalam peti ais.

Minum pagi selepas mkan dan sebelum tidur. Khasiatnya untuk membuang toksid, memecahkan lemak dan seterusnya melancarkan perjalanan darah. Selaluya badan akan jadi ringan selepas mengamalkan minumna ini secara regular selama seminggu...

Malam itu juga saya ulangi makan semula bawang putih bakar. Mudah saja membuatnya - bawang putih - dibakar atau  goreng tanpa minyak..makan begitu saja.. 6 - 7 ulas sekali makan. Khasiatnya unutk pecahkan lemak dalam saluran darah.. di samping boleh merendahkan kolesterol.

Saya juga ula makan bawang holland mentah sebagai ulam. Tak banyak la.. cuci sekelopak dua setiap sajian nasi yan gjuga say amula kurangi. Bawang besar kuning ini bagus di makan sebagai ulam untuk - hidupkan sel-sel dalam badan..Badan sudah separuh abad, barangkali banyak sel sudah lemah.. mau tidur....dan kumpul lelamak. In syaaaAllah kita bangun segarkan sel-sel tubuh  dengan khasiat organisme dalam bawang holland.

Mbak Reny tidak kedekut. jadi saya panjangkan di sini untuk untuk kita mendapat enfaatnya.,Ambil dan amalkan lah, sebarkan lah...dan berpada-padalah dalam mengamalkan aturan makanan kita. Saya ingatkan diri supaya bersederhana, tidak taksub dengan kepercayaan keran kita seharusnya berusaha dan tidak keterlaluan. Lagipun tak payah keluar $$$ untuk ubat buang toksid...semuanya dari dapur kita sendiri...

Comments

FirasFirzana said…
Terima kasih kerana sudi berkongsi :)

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah