Posts

Showing posts from June, 2014

Colmar Tropicale

Image
Indah di depan mata. Meski pun ia cuma taman tema replika pekan Colmar Perancis, cantiknya cukup mempesona. Apalagi waktu kami tiba cuaca agak sejuk. Perasan la tu... Colmar Tropicale Bukit Tinggi Cuaca dingin sedikit sebanyak memenangkan. Kami check-in dengan selamat dan terus naik ke bilik. Seronok anak-anak kerana kami dapat suite dua tingkat. Bilik mereka di loteng dengan pemandangan yang cukup cantik waktu memandang ke bawah melihat panorama pekan kecil itu. Saya tak kisah sangat. Janji nya saya dapat berehat cukup-cukup. Usai solat semuanya dan anak-anak bersiap saya bagi wang belanja untuk mereka turun jalan-jalan dan makan. "Nite-walk" la konon..InsyaaAllah selamatlah sayang mama hendaknya. Saya cuma mahu diam di bilik...di Bukit Tinggi dengan buku tebal dan teh kosong. Saya hanyut dengan drama Zuha dan Falah hasil tangan Noor Suraya. Buku buku tebal Cintaku Luruh di Oxford ini mengasyikkan. Sedar-sedar sudah tengah malam. Anak-anak sudah naik, bekalkan say

Classic Tiramisu

Image
Assalamualaikum, Sejak isu halal jadi panas kerana jenama coklat popular tercemar baru-baru ni, saya rasa ramai antara kita sudah bina jarak sempadan dari mendekati beberapa jenis makanan yang mungkin samar-samar status halalnya dek kekurangan ilmu kita sendiri untuk pastikan makanan itu benar-benar halal sebelum disuap ke mulut. Tiramisu tergolong dalam senarai manisan yang perlu kita perhatikan kandungannya kerana ia mungkin menggunakan gelatin dan krim keju yang ditampabah pengemulasi makanan dari sumber yang tidak halal. Sejak lama dulu, saya sendiri tak tergamak untuk beli tiramisu dari kedai dan tidak sentuh tiramisu di hotel. Hati tidak membenarkannya walau mata amat pesona. Nampak sedap sungguh persembahan mereka. Mencari yang halal itu fardhu. Sebaiknya buat tiramisu sendiri; pilih bahan yang halal dan buat sendiri atau pun beli dari sumber yang benar-benar sahih.. Sedap desert ni..mudah pula membuatnya dan tak perlu banyak masa. Resepi asal dari allrecipi.com tapi say