Classic Tiramisu

Assalamualaikum,
Sejak isu halal jadi panas kerana jenama coklat popular tercemar baru-baru ni, saya rasa ramai antara kita sudah bina jarak sempadan dari mendekati beberapa jenis makanan yang mungkin samar-samar status halalnya dek kekurangan ilmu kita sendiri untuk pastikan makanan itu benar-benar halal sebelum disuap ke mulut.
Tiramisu tergolong dalam senarai manisan yang perlu kita perhatikan kandungannya kerana ia mungkin menggunakan gelatin dan krim keju yang ditampabah pengemulasi makanan dari sumber yang tidak halal.
Sejak lama dulu, saya sendiri tak tergamak untuk beli tiramisu dari kedai dan tidak sentuh tiramisu di hotel. Hati tidak membenarkannya walau mata amat pesona. Nampak sedap sungguh persembahan mereka.



Mencari yang halal itu fardhu. Sebaiknya buat tiramisu sendiri; pilih bahan yang halal dan buat sendiri atau pun beli dari sumber yang benar-benar sahih.. Sedap desert ni..mudah pula membuatnya dan tak perlu banyak masa. Resepi asal dari allrecipi.com tapi saya ubahsuai ikut citarasa sediri. Resepi yang sama juga saya guna untuk jualan saya jika ada yang menempah  Saya suka rasanya kerana tidak ada rasa telur. Proses double boil yang kita buat menyahkan bau telur, apalagi diwangikan dengan setitik dua esen vanila. Masak cara double boiled juga membunuh bakteria yang mungkin ada dalam telur itu.

source : allrecipe.com
Submitted by: Carol
Rated: 5 out of 5 by 381 members
Prep Time: 30 MinutesCook Time: 30 Minutes
Ready In: 2 Hours Yields: 12 servings

"Classic Italian dessert made with ladyfingers and mascarpone cheese. It can be made in a trifle bowl or a springform pan."

INGREDIENTS:
6 egg yolks ( 6 biji kuning telur)
1 1/4 cups white sugar ( saya guna 1 cawan saja sebab Ladyfingers dah bergula)
16 Oz cream cheese (saya guba 500g tatura cream cheese  )
1 3/4 cups heavy whipping cream ( saya guna non-diary whipping cream)
2 (12 ounce) packages Ladyfingers
1/2 cup water and 2 tbsp of nescafe ( gantikan dengan mochona, lebih sedap)

1 teaspoon unsweetened cocoa powder, for dusting
1 (1 ounce) square semisweet  Chocolate
Optional – 1 tsp vanilla

DIRECTIONS:
1. Combine egg yolks and sugar in the top of a double boiler, over boiling water. Reduce heat to low, and cook for about 10 minutes, stirring constantly. Remove from heat and whip yolks until thick and lemon colored. Let it cool.
Satukan kuning telur dan gula dalam bekas kemudian letak di atas periuk berisi air mendidih sambil diputar dengan whisker tangan. Pukul jangan henti hingga kuning telur jadi sebati dan pekat , berwana kuning. Tambah 1/2 sudu  teh vanila dan kacau sebati. Ketepikan.

2. Add whipped cream cheese to yolks. Beat until combined. In a separate bowl, whip whipping cream to stiff peaks. Gently fold into yolk mixture and set aside.
Dalam bekas yang lain, putar whipping cream hingga kembang dan membentuk tanduk. Masukkan dalam adunan telur dan kaup balikkan perlahan-lahan hingga sebati.

3. Split the lady fingers in half, and line the bottom and sides of a large glass bowl. Brush with coffee liquid. Spoon half of the cream filling over the lady fingers. Garnish with coca powder .Repeat ladyfingers, coffee liquid and filling layers.. Garnish with cocoa and chocolate curls. Refrigerate several hours or overnight.
Bancuh nescafe dengan 2 cawan air panas dan biarkan sejuk. Celup lady finger dan susun pada dasar springfoam dan tepinya. sendukkan krim yang disediakan tadi, ratakan. Lapiskan ladyfinger sekali lagi diikuti lapisan krim. Ulang hingga habis dengan lapisan krim nya teratas sekali. Tabur serbuk koko dan hias sesuka hati.  Sejukkan dalam petiasi sekurang-kurangya 4 jam. Sebaiknya 8 jam sebelum di potong dan dihidangkan.

source : allrecipe.com


Comments

Popular posts from this blog

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Samperit Resepi Lama

Nasi Kerabu Kedah