MUFFIN COKLAT CIP
Suka buat mufin, cepat, ringkas mudah, sedap. Sumber: Chef Anuar (tuuuu kat bawah tu, chek tangkap gambaq ngan dia; tangan den tu yg tak tahan tu.. camana jadi gitu pun tatau ) 100gm telur 75 gula perang 75 gm gula kastor 150 ml susu 150 ml minyak masak 250gm tepung gandum 15 gm serbuk penaik 100 gm coklat cip 15 gm serbuk koko ( gambar atas : untuk gambar bawah saya tak masukkan serbuk koko) Cara:- 1. Campurkan telur bersama gula perang dan gula kastor. Kacau sebati. 2. Masukkan susu dan minyak ke dalam adunan telur dan kacau rata. 3. Gaul tepung, serbuk penaik bersama serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata. 4. Masukkan coklat cip dan kacau rata 5. Masukkan adunan ke dalam paper cup yg diletakkan di dalam acuan muffin 6. Bakar sehingga masak pada suhu 190C lebih kurang 20 minit. Tips: adunan yg dimasukkan coklat cip tidak perlu dikacau terlalu lama kerana ini akan membuatkan coklat cip kembang dan adunan akan menjadi