Patah Seribu?
Andai Allah memberi dugaan, Dia mahu kita berdoa meminta dariNYA dan berserah; dia akan beri bantuan, bukannya untuk kita berfikir memecahkan kepala bagaimana mahu selesaikan masalah itu. Berilah masa untuk diri bertenang dengan zikrullah dan selawat. Sambil merenung ke dalam diri, serahkan diri kepada Allah sepenuhnya supaya kita tidak sendiri. Allah yang Maha Perkasa secara pasti tidak akan biarkan hamba-hambaNya. Apatah lagi perempuan, sifat2 rahmah, syafaqah, yang tersembunyi dalam diri perempuan bahkan mendekatkan lagi Rahmat Allah kepada-Nya. Walaupun banyak suami tidak menghargai perempuan, kita harus sedar ramai lelaki-lelaki yang terlalai. Lelaki-lelaki yang terlalai daripada tanggungjawab, tidak sedar pengorbanan dan kasih sayang isteri. Saya berharap kita semua tidak terburu-buru. Saya yakin kita akan temui ketenangan di dalam masalah dan kepedihan itu sendiri. Ubatnya pasti ada di dalam penderitaan itu. Saya menulis kerana sahabat saya yang berkali-kali d...