Mee Kari Ayam..my simple style
Rasa-rasa nak makan mee kari malam ni; tapi leceh la nak siapkan mee kari yang saya belajar dari Poh Choo tu..Jadi saya buat mee kari yang simple saja untuk menu makan malam ni.. Bahan pun tak banyak sangat jadi tak ambil masa yang panjang untuk penyediaan dan kerja mencuci. Kalau ada yang nak tengok resepi mee kari versi lebih sedap sila tengok disini resepi mee kari original saya. Bahan-bahan: 1kg mee kuning dicelur dan toskan Kuah: Bahan 1 paket rempah kari daging/ayam 1 batang serai diketuk 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 keping asam gelugur 2 liter air 1 kotak santan pekat minyak untuk menumis semangkuk ayam yang dah di potong kecil 5 batang kacang panjang - di potong-potong fucuk, tauhu kering kepingan ikan bebola ayam garam secukup rasa Sambal Cili Bahan-bahan: 1paket kecil serbuk cili 4 ulas bawang putih Minyak masak garam Hiasan Bawang goreng Daun sup dan daun bawang yang dipotong halus Cara membuatnya: Kuah Panaskan miny