Colmar Tropicale
Indah di depan mata. Meski pun ia cuma taman tema replika pekan Colmar Perancis, cantiknya cukup mempesona. Apalagi waktu kami tiba cuaca agak sejuk. Perasan la tu... Colmar Tropicale Bukit Tinggi Cuaca dingin sedikit sebanyak memenangkan. Kami check-in dengan selamat dan terus naik ke bilik. Seronok anak-anak kerana kami dapat suite dua tingkat. Bilik mereka di loteng dengan pemandangan yang cukup cantik waktu memandang ke bawah melihat panorama pekan kecil itu. Saya tak kisah sangat. Janji nya saya dapat berehat cukup-cukup. Usai solat semuanya dan anak-anak bersiap saya bagi wang belanja untuk mereka turun jalan-jalan dan makan. "Nite-walk" la konon..InsyaaAllah selamatlah sayang mama hendaknya. Saya cuma mahu diam di bilik...di Bukit Tinggi dengan buku tebal dan teh kosong. Saya hanyut dengan drama Zuha dan Falah hasil tangan Noor Suraya. Buku buku tebal Cintaku Luruh di Oxford ini mengasyikkan. Sedar-sedar sudah tengah malam. Anak-anak sudah naik, bekalkan say...