Armenian St, Penang 10200
Secara tidak sengaja kami tiba di sini, waktu berputar-putar mencari cendol kelapa yang katanya enak sangat. Khabarnya dijual oleh mamak. Makanya saya ingin mencuba merasa. Dah jumpa gerai nya. Cendol tentunya street food di Penang, makanya gerainya di pinggir jalan di depan rumah; tapi ia dinaik taraf dengan sususan kerusi meja ala-hipster kata orang sekarang. Setelah bertanya pada pelayan, saya putuskan untuk tidak makan cendol di sini. (sila pm untuk detail...hahaha!) Kami susuri jalan yang sesak dengan basikal, pejalan kaki dan beca. Sepanjang jalan ini bagai muzium hidup,sementelah ia terletak di tengah-tengan zon Tapak Warisan Dunia UNESCO . Pintu masuk sebuah rumah persendirian; ceria warna bersatu pohon renik yang alami sambil mengekal tradisi Tingkat atas rumah yang sama Tiba tiba Yang Tengah mengambil alat itu,dan menggoyangnya mengikut muzik.. Membantu memungut derma untuk St Joseph Home. Budak Pengurusan Kreatif ni boleh selamba ...