Asyura diPenghujung Muharram
Nekad! Nak buat asyura Spesifikasi Penuh. Tak kurang gula, tak kurang santan. Tak puas makan yang kakak abang bagi dan yang dibeli ........mai nak cerita, buat lagu mana...... Kumpulkan bahan dulu. 4 jenis kacang; serba satu cawan sukatan sebelum rebus. Kemudian rebus kacang berasingan kacang hijau, kacang merah, kacang kuda kacang buah pinggang dalam tin tak payah rebus jagung satu tongkol dihiris ulasnya Ubi keledek oren sederhana, cukuplah rebus separuh empuk Pisang, kita beli pisang awak, kurang sedap kata suami Kita ganti pisang rastali. 5 biji cukuplah , kerat 4 setiap satu. Gula merah timbang , bukan cap bintang yang dalam paket tu Gula merah ni lebih terasa aslinya Gula pasir kasar agak agak Garam kasar Sagu, secawan jugak; cuci dan toskan, tak payah rendam Santan pekat tiga bungkus yang 400 gram sebungkus Air , agak agak saja Tepung beras agak agak 2 cawan tuang terus kemudian ayak. Bahan premium. Bahan premi...