Musim panas ni, jom buat jus roselle! Sedap tau masam-masam manis, cukup puas membelai tekak yang dahaga. Bukan saja sedap, terjamin kualiti tampa persa dan perisa. Tengok la tu.. anak bujang buat muka simpati, tak tahan tengok jus dingin ni...lepas snap dia sambar! JUS ROSELLE Jus Roselle ini saya buat dari kelopak bunganya. Saya meneliti beberapa brosur jualan lansung yang menyatakan ia kaya Vitamin C , bersifat antioksida, beta carotene, vitamin B1, B2 and B6. Jus ini rasanya masam-masam manis; pada saya lebih enak dari R***N*. Anak-anak pun setuju. Saya kenalinya dulu sebagai asam paya. Pokok renik berbuah lebat di tanah rang di pinggir sawah. Waktu kecil dulu, saya suka memetiknya dan makan kelopaknya begitu sahaja. Asam paya kini merupakan tumbuhan industri dan panggilannya pun sudah berubah menjadi lebih glamor roselle! Saya ke pasar malam memborong makanan basah dan terjumpa seorang kawan yang kini pengusaha minuman segar . Dia memberi saya minum percuma sebagai ...