Posts

Song of Fall

Image
I just can't stop browsing NC today to see the progressing of fall color  in the western North Carolina mountains with frequent reports and photos of best places to see the leaves. Missed NC very much. I know it is almost impossible to re-visit as the last of Shenandoah song lyric. Farewell my dear, I bound to leave you away... in 1990 Lyrics to Shenandoah Shenandoah O Shenandoah, I long to hear you Away, you rolling river O Shenandoah, I long to hear you Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri Missouri, she's a mighty river Away, you rolling river The Indians camp along her borders Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri The white man loved an Indian maiden Away, you rolling river With notions his canoe was laden Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri O Shenandoah, I love your daughter Away, you rolling river For her I've crossed the rolling water Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri Seven long years I ...

I am so.... into rustic!

Image

Hadapi Zaman Fitnah

Image
Al-Murobbi Syaikh Dr. Yusri Rusydi Al-Hasani: Perawat Jasad dan Roh Nama beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani. Seorang doktor pakar bedah yang murobbi, alim, zuhud dan wara', juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama Al-Azhar As-Syarif. |Latar Belakang, Pendidikan dan Pembelajaran| Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah. Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978. Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang ‘Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية(Saluran Darah) juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Dok...

Biskut Koko Nestum

Image
Cukup mudah membuat biskut raya ni. Resepi zaman purbakala!!! Bahan-bahannya pun yang asas saja..kepada kawan-kawan yang tercari-cari resepi biskut mudah yang sedap dan disukai, saya cuba kongsikan di sini. Memang mudah, boleh di gentel bulat atau apa-apa bentuk. Tak perlu cari acuan terap, manik hiasan dan cantik tapi menyusutkan poket di zaman GST ni..   Sedap tak? Sedapnya macam makan nestum dengan milo, sekali gus berderai dalam mulut, ranggup terasa di kunyah, nyaman membelai tekak. Bahan-bahan: 250 gram majerin 3/4 cawan gula aising 2 cawan nestum 2 cawan tepung gandum 1 biji telur Putar gula dengan majerin hingga gebu dan berkrim. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Ayak tepung kemudian gaulkan dengan nestum rata-rata. Adunkan tepung kedalam adunan krim. Uli dengan tangan hingga menjadi doh lembut. Bulat-bulatkan doh, kemudian bakar hingga masak. (Saya pakai oven Soner: 160C selama 16 minit) Sejukkan. Cairkan coklat dalam double boiler. ...

Brownies untuk Awak

Image
Awak datang sewaktu saya amat rindu! Terima kasih kerana mencari saya di facebook. Betul kata awak, amat sukar melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Kita terpenjara oleh masa silam yang santai dan manis. Kenangan itu ulang berulang. Kenangan rupanya tak perlu bukti. Tak perlu simpan barang kenangan. Ia datang sendiri mengikut suasana. Ada yang pedih lirih ada yang manis. Ia datang ulang berulang. Kali terakhir dulu kita berpamit di tebing Sungai Tar. Awak mahu pulang menyahut panggilan bakti. Kata awak,kita berkelah. Awak minta saya buat brownies. Saya pun bawakan jagung rebus dan brownies kacang pecan. Rupanya awak beli ketam sepit biru dan masak entah apa tapi ia sungguh sedap. Kata saya kenapa guna duit banyak untuk ketam itu, padahal awak boleh beli set Corelle atau Vision untuk ummi awak. Kata awak mahu belanja saya makan sebab selama ini saya kongsi makanan dengan awak dalam kampus. Hahaha.. awak bijak mencium bau makanan. Awak tahu saja hari mana saya...

Kek Mentega Keju Oren

Image
Assalamualaikum... "Naked cake" la sangat...... Teringin nak makan kek biasa tanpa topping tanpa filling. Teringin nak makan kek keju yang ringan. Teringin nak makan kek rasa buah tapi tak mau kek buah yang padat. Saya selak-selak majalah dan jumpa resepi Chef Amer dalam Saji. Macam sedap nampaknya. Bahan-bahan pun ada. Siapppp!!!!! Saya dapat memenuhi keinginan di atas...Cukup seimbang rasanya. Resepi chef tersohor lah katakan... Bahan-bahan yang diperlukan: 200 gram mentega 50 gram krim keju 250 tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 240 gram gula kastor 5 biji telur gred A 2 biji oren ( besar) Kupas kulit oren - cincang dan ketepikan.  Perah oren utk dapatkan jus - ambil semuanya korek isi oren dengan sudu, asingkan biji jika ada 1 sudu kecil cuka epal Cara-cara membuatnya Asingkan putih telur dari kuningnya. Ambil sejemput tepung , gaulkan pada kulit oren yang sudah di cincang, ketepikan. Satukan putih telur dengan gula dalam m...

Kuih Qasidah Kedah

Image
Kuih qasidah popular dibulan puasa. Selalunya dibuat sendiri, jarang ada gerai pasar ramadan yang menjualnya. Rasanya biasa saja, tak manis, tapi cukup rasa lemak masin manis dari gula putih dan garam.  Agak leceh membuatnya. Tepung perlu dikacau atas api sederhana hingga betul betul masak tepungnya. Rasanya agak istimewa dengan bawang goreng yang garing, semestinya yang digoreng sendiri. Bawang goreng segera memang "tak jalan" dengan qasidah! Qasidah Kedah berbeza dengan qasidah/hasidah orang Selatan dan Pantai Timur. Mereka menggunakan telur dan santan memberi rasa lemak yang agak mewah. Warnanya kuning , berbeza dengan putih polos Qasidah Kedah. Bahan-bahan untuk resepi ini mudah: tepung gandum, air, gula dan garam 1 cawan tepung gandum 2 1/2 cawan air 1 sudu besar gula (kalau suka manis letak lebih sikit) sedikit garam sehelai daun pandan Bawang goreng: 5 ulas bawang merah ( lagi banyak lagi sedap ) Minyak untuk menggoreng. Cara-cara: Campurkan semua ...