Posts

Wordless Wednesday - Samarinda

Image

Ketupat Pandan

Image
Bila saya pos tentang ketupat pandan di fb, ramai yang komen " tak pernah jumpa", tak pernah dengar, tak pernah makan, rasanya bagaimana, cara membuatnya bagaimana.....dll Tak sangka saya ramai yang tahu tentang ketupat ni... Sejak kecil mak, tok, mak penakan buat ketupat yang berbagai-bagai.  Ketupat palas sendiri pun ada macam-macam balutan. Ketupat  tigasegi, ketupat sila dan ketupat jantung. Pulut ketupat yang sama dibalut dengan daun pandan, kami panggil ketupat pandan. Selain itu ketupat kami juga dibalut dengan daun tebu dan daun kelapa yang putih, yang dibuat ketupat orang selatan! Tiba-tiba saya kepingin ketupat pandan. Ada pandan dan lebar dalam petisejuk, saya pun bingkas sediakan bahan-bahan. Pulut pun tak sempat di rendam dulu, saya tambah sukatan air supaya tidak keras! Malam itu juga, disebabkan rendang dah habis saya resmikan dulu ketupat pandan dengan serunding daging! Hmmmm... puas rasanya makan ketupat panas-panas, lemak wa...

Armenian St, Penang 10200

Image
Secara tidak sengaja kami tiba di sini, waktu berputar-putar mencari cendol kelapa yang katanya enak sangat. Khabarnya dijual oleh mamak. Makanya saya ingin mencuba merasa. Dah jumpa gerai nya. Cendol tentunya street food di Penang, makanya gerainya di pinggir jalan di depan rumah; tapi ia dinaik taraf dengan sususan kerusi meja ala-hipster kata orang sekarang. Setelah bertanya pada pelayan, saya putuskan untuk tidak makan cendol di sini. (sila pm untuk detail...hahaha!) Kami susuri jalan yang sesak dengan basikal, pejalan kaki dan beca. Sepanjang jalan ini bagai muzium hidup,sementelah ia terletak di tengah-tengan zon Tapak Warisan Dunia UNESCO .  Pintu masuk sebuah rumah persendirian; ceria warna bersatu pohon renik yang alami sambil mengekal tradisi  Tingkat atas rumah yang sama Tiba tiba Yang Tengah mengambil alat itu,dan menggoyangnya mengikut muzik.. Membantu memungut derma untuk St Joseph Home. Budak Pengurusan Kreatif ni boleh selamba ...

Cerita Banjarmasin 3

Image
Catatan yang terlewat.... Sejemput kisah yang terkumpul yang sempat saya ingat dan catat. Masih lagi terpana dengan pemandangan pancuran air yang meriah sebelum masuknya waktu solat. Gambar ini saya ambil dari atas bas pada beberapa waktu yang berlainan ; heningnya tetap sama. Ia terkesan di hati.  Cerita permata pula...  Saya tak pandai membeda permata asli dan campuran; lalu saya tinggalkan saja gelang,cincin dan rantai, simpan dalam kenangan. Beralih pada tasbih sebagai cenderahati nanti. Rasanya lebih praktikal. Seorang kakak mengusik... beli banyak-banyak.. nanti kastam tahan, kau bagi saja tasbih!  Mencari tasbih batu amethyst, tapi tak berjumpa... Inilah saja yang saya borong. Dalam jadual yang padat, sempat juga lari ke Wong Solo Banjar Baru yang letaknya di seberang jalan hotel. Sedap ayamnya; saya suka kedua-dua ayam penyet dan ayam bakar. Rasanya lebih sedap dan manis dari yang saya makan di Shah Alam. ...

Hatiku Tertinggal di Banjarmasin 2

Image
Banjarbaru Kami menginap di Hotel Roditha, Banjarbaru. Cukuplah fasilitinya untuk pengembara singgah yang pergi pagi dan pulang malam. Di sebelahnya Universitas Lambung Mengkurat. Tampak hijau damai, cuma tak berkesempatan menjengah kerana program kami agak padat. Pulang ke hotel, saya hanya mahu mandi dan tidur untuk mengumpul daya. Saya sanggup tidak keluar  biarpun suami mempelawa keluar minum dengan kawan-kawan kerana mahu berehat secukupnya. Tak rela nanti tersengguk-senguk atau terlelap waktu pengajian. Kita faham la bahasa tubuh kita kan..bukannya kuat tahan lasak macam orang lain. Lampu tidur di kamar saya. Cantik dan ringkas.  Bangunan di Banjar baru tindak canggih. Kita seolah-olah kembali ke tahun 70-an; terkenang Jitra dalam lingkungan waktu itu, begitulah. Tiada bangunan lebih tinggi dari 2 tingkat. Rumah makan masih begitu tradisi. Kain rentang nama rumah makannya jadi dinding, sekaligus melindung dari terlalu terpamer peng...