Posts

Kuih Bingka Labu Kuning

Image
Bingka Labu sedap dan wangi ini sesuai untuk hidangan petang dengan teh tanpa gula, sedapnya. . Bahan bahan: 2 biji telur + setitis esen vanilla 1 1/2 cwn santan (1 cawan santan pekat + 1/2 cawan air) 1/2 cwn tepung gandum 1/2 cwn gula sedikit garam 1 sudu besar minyak sapi 2 cwn labu yg telah direbus dan dilecek Sedikit bijan utk tabur ( sangai sedikit hingga perang) Cara cara: Panaskan oven 180-200 darjah celcuis, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar . Saya guna acuan kuih bakar, dapat 2 biji Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu lecek, kacau hingga rata. Tuang dalam kuali dan panaskan atas api sederhana hingga naik wap. Kacau jangan berhenti supaya adunan tidak mengental, bila dah mula memekat, angkat dari api. Tuangkan adunan dalam acuan yg telah dipanaskan tadi. Tabur bijan. Bakar selama 45 minit hingga masak. Keluarkan dari o...

Singgah di Martapura...

Image
Martapura - Kota Permata , Kota Ulama, Kota Santri Kota ini terletak lebihkurang 1 jam perjalanan darat dari Banjarbaru, Kalimantan Selatan Bangunan Sepanjang perjalanan dari atas bas, sukar mencari bangunan cantik, baik yang tradisi atau yang moden. Rata-rata saya perhatikan rumah kediaman di sini tidak dibina melebihi gahnya bangunan masjid. Mereka punyai masjid, musolla yang banyak dan hampir dekat jaraknya. Saya mungkin salah pada penglihatan yang terbatas sekitar meninjau dari atas bas dari jalanan, tapi itulah yang saya nampak pada bangunan di tepi tepi jalan. Saya yakin, di ceruk rantau Martapura ada lagi tempat indah dan bangunan cantik. Saya tidak jumpa rumah gadang seperti dalam sinetron. Saya rasa ingin bertamu kembali ke sini, satu hari nanti. Tak puas.Mahu mengusur aspal kota. Mahu berjalan di tepian Sungai Martapura yang katanya masyhur dengan seni kuliner. Salah satu Pusat Islam mengambil kubah Mesjid Agung Demak di pinggir jalan menuju kota.   ...

Ku Syukuri RahmatMu ya Allah

Image
Lama sudah tak updated blog ni.. ada juga rakan blogger dan teman yang mengenali diluar laman sosial ini bertanya. Bukan tidak mahu updated tetapi sedang berusaha mencari masa yang sesuai untuk saya isikan di laman ini. Tahun 2016 berlalu. Banyak harapan dan impiann saya dan keluarga tercapai.Ku syukuri rahmatMU ya Allah. Saya doakan begitu juga buat semua rakan-rakan yang mengenali. Tahun baru seperti tahun-tahun yang sebelum ini sudah pastinya meningkatlah usia. Setiap detik hanya satu pengharapan semuga dapat membanyakkan amalan dan pahala, mencari bekal akhirat. 2017   Saya menyimpul azam untuk berjaya menjual Badam Coklat Rocher tahun ini. Resepi yang saya pelajari dari Chef Amer sejak tahun 2009. Tag line: Nutty and Chrunchy Doakan saya yang baik-baik ya.

Asyura diPenghujung Muharram

Nekad! Nak buat asyura Spesifikasi Penuh. Tak kurang gula, tak kurang santan. Tak puas makan yang kakak abang bagi dan yang dibeli ........mai nak cerita, buat lagu mana...... Kumpulkan bahan dulu. 4 jenis kacang; serba satu cawan  sukatan sebelum rebus. Kemudian rebus kacang berasingan kacang hijau, kacang merah, kacang kuda kacang buah pinggang dalam tin tak payah rebus jagung satu tongkol dihiris ulasnya Ubi keledek oren sederhana, cukuplah rebus separuh empuk Pisang, kita beli pisang awak, kurang sedap kata suami Kita ganti pisang rastali. 5  biji cukuplah , kerat 4 setiap satu. Gula merah timbang , bukan cap bintang yang dalam paket tu Gula merah ni lebih terasa aslinya Gula pasir kasar agak agak Garam kasar Sagu, secawan jugak; cuci dan toskan, tak payah rendam Santan pekat tiga bungkus yang 400 gram sebungkus Air , agak agak saja Tepung beras agak agak 2 cawan tuang terus kemudian ayak. Bahan premium.  Bahan premi...

Bubur Asyura Kembali.

Image
10 Muharram kembali lagi. Asyura time again! Saban tahun baru Hijrah menjelang rindu Asyura pun menjelma tanpa dipinta-pinta. Hairan juga ya.. kalau bulan-bulan lain tak teringat pun bubur asyura. Memori manis zaman kanak-kanak membawa keinginan hingga ke usia senja. Zaman saya anak-anak dulu, sekampung bergotong royong kacau  bubur asyura berkawah-kawah. Masing-masing datang ke mesjid bawa bahan-bahan mentah kemudian masak bersama-sama.  Bila dah masak makan ramai-ramai dan sepakat membahagi-bahagikan mengikut bilangan anak. Kalau yang beranak ramai. banyaklah dia dapat.     Resepi keluarga ini belum pernah tercatat di mana-mana. Lain orang lain resepinya; lain negeri lain juga ramuannya tapi panggilan pada bubur campur ini sama saja bagi mana-mana negeri Saya suka yang manis versi utara. Masa dulu buat tanpa resepi,tak ada sukatan, jadi saya sukat dan tuliskan untuk rujukan. Bahan-bahan yang saya guna: 2...

Pasar Pagi, Samarinda

Image
Pasar Pagi. Samarinda Kalimatan Selatan. Macam2 ada di sana. Kami naik kenderaan Angkut warna hijau. Tambang 20 rupiah seorang. Susup sasap kenderaan ini berjalan mencelah macet bandar Samarinda di pinggir Sungai Mahakam itu . Sesampai di sana...... biarlah gambar berbicara  ayam dijual hidup-hidup!   Kerepek belinjau besar, sebesar tapak tangan.. saya selalu jupa yang saiz siling 50 sen saja.    senduk  besar dan panjang, Wangi berbau kayu. Menyesal tak beli  mau saja ku angkut bawa pulang; tapi sapa nak pikul? Hanya RM60.00 Acuan perak, alahai....rasa nak kembali ke sini, borong! menyesal tak sudah tak beli ini Mangkuk tingkat besar...juga teringat-ingat sebab tak beli! tong gas montel!

Wordless Wednesday - Samarinda

Image