Saturday, September 6, 2008

Paru Goreng Pedas

Mencari paru yang baik tidak sukar. Kalau ke pasar, saya akan minta paru yang besar tapi ringan dan warna nya agak pucat. Organ bersifat gelembung ini senang saya dapati sebab bekalannya sentiasa ada. Agaknya ramai orang tak suka makan paru. Selain digoreng kering saya juga sukakan paru goreng pedas; kegemaran aruah mak yang nampaknya saya warisi sekarang. Alhamdullah, suami pun suka makan paru,tapi tidaklah selalu kami sediakan. Bulan puasa ini saya suka makanan yang tidak berkuah pada waktu sahur. Jom tengok...
300 gm paru
1 sudu besar jintan manis
2 keping asam gelugur
minyak
garam gula secukup rasa

Kisar
5 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Untuk tumisan:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih di hiris

Potong paru pada saiz besar dan rebus. Sejukkan , kemudian dihiris nipis.
Tumbuk jintan tapi jangan sampai lumat kemudian gaulkan pada paru tadi. Campurkan garam dan gula kemudian perap sebentar.

Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang dan cili yg dikisar dengan bawang. Masak hingga garing. Masukkan asam keping dan paru yg telah diperap tadi. Kacau rata.
Tutup kuali lebih kurang 4-5 minit sambil di kacau sekali sekala. Kecilkan api dan masak hingga rempah dan cili kering dan bersalut pada paru.

2 comments: