Putu Kacang

Aruah mak memang pakar membuat put kacang. Kuih buatan mak relai dalam mulut. Saya cuma melihat mak membuatnya, tak kisah nak tanya ke, nak salin ke. Pandai makan saja. Bila mak telah tiada, terkulat-kulat la mencari...tapi yang ada dalam pasaran tak menepati citarasa. Resepi kuih ini saya ambil dari buku Kuih Muih Utara tulisan Datuk Zakiah Hanum. Resepi Datuk Zakiah 100% menjadi pada setiap kali saya mencubanya. Berbaloi saya bayar berpuluh ringgit untuk buku seperti ini.



600 g kacang hijau
600 gula halus ( saya gunakan gula pasir yang dikisar dan di ayak)
Acuan putu kacang


Goreng kacang hijau, buang kulit dan kisar hingga lumat kemudian di ayak.
Gaul serbuk kacang dan serbuk gula dan basahkan tapak tangan semasa menggaul untuk melembabkan adunan. Campuran ini di buat sedikit sedikit, kemudian tekan kedalam acuan hingga padat. Terbalikkan acuan,. ketuk perlahan-lahan hingga putu kacang keluar dari acuan.
Jemur dibawah panas matahari yang sederhana, kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Comments

Jun said…
uwaaaa, ni kue fav akak ...cik milah, slamat hariraya n maaf zahir batin yer...
Anonymous said…
CikMilah..wah terernya wat putu kacang..akak suka sangat kuih ni..dulu2 mak rajin buat, siap tumbuk dlm lesung besar lagi kacang hijau tu..now dia dah x larat nak buat. Akak pun x penah try...emmm mesti sedap nih!!! KIV la ni..thanx for sharing CikMilah..

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin ya..muaahhhh!!
cikMilah said…
Jun, fevret kita juga.. sbb tu la mencari dan mencuba...
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin...
cikMilah said…
Ummi
aha.. anak2 pun suka juga, so kita kenalah ambik tempat mak kita kan. Bezanya sekarang kita tak tumbuk, kita blend jer... hiks...
Sila lah cuba, nnati update kat blog Ummi ya
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin
Kak Elle said…
cikmilah nak 10 keping bolih?hehe cantik pattern nya:)
MamaFaMi said…
Mama cukup suka kuih ni... tapi lom ler pernah buat. Nak buang kulit kacang hijau tu senang tak? Hehhe... itu dah ada bunyi-bunyi malas tu... hehehe...
cikMilah said…
KakElle, boleh kak.. wink wink...

Mamafami,
itu la yang paling azabnya... he he he.
Sekarang kan dah ada kacang yang dah di buang kulit... Sepupu kata, tak best dan tak wangi...tapi cikMilah tak pernah try la pulak.

Popular posts from this blog

Samperit Resepi Lama

Apam Polka Dot tanpa Ovallete

Nasi Kerabu Kedah