Ayam Madu Berempah

1 ekor ayam, potong ikut suka hati
kunyit dan garam secukupnya untuk di lumur pada ayam

10 ulas bawang merah
5 bawang putih
7 tangkai cili kering
1 inci halia
kunyit hidup
4 batang serai
1 sudu rempah kari daging
1/4 sudu teh lada hitam

kicap cair
kicap pekat
setengah cawan madu
setengah cawan air suam
setengah cawan susu cair atau santan

Tumisan: bawang merah, bawang putih,kayu manis, cengkih, bunga lawang
Goreng ayam yang dah di garamkunyitkan; toksah la garing sangat ( agak-agak separuh masak)
Kisar semua bahan dengan ir secukupnya hingga halus.( kecuali kicap air suam dan madu)

Panaskan minyak ; tumis rencah tumisan hingga layu. Masukkan rempahan yang dikisar dan goreng hingga naik wangi. Masukkan kicap dan santan/susu bersekali dengan ayam goreng. Kacau hingga rempah bersalut dengan ayam. Satukan madu dengan air suam-curahkan ke dalam ayam.Renihkan dan
balik-balikan ayam hingga cukup masak. Perisakan dengan garam, gula merah atau tambah madu secukup rasa.







Comments

Popular posts from this blog

Samperit Resepi Lama

Daging Pesamah

Apam Polka Dot tanpa Ovallete