Posts

Showing posts from October, 2012

Senandung si Musa Paradisiaca

Image
   Nota: Musa paradisiaca adalah nama saintifik bagi pisang. Aku terlentang di atas meja. Aduh.. sakitnya sikatku baru disiat dan tercerai dari adik beradikku yang sejak azali bersama-sama aku sehidup semayang dari kecil hingga aku tua sekarang ni. Tak ada kesian belas betul encik penjual ini. Dia main rentap saja aku selepas menghiris sedikit tangkai aku yang melekap pada tandan. Meleleh air mata ku.. sakit dan sedih. Mana tak, sakit kulit tersiatkan. Ishhhh ish.. encik penjual ni kan, tak baca Bismillah pun masa dia potong-potong aku dan ceraikan adik beradik ku dari tandan kami. Hilang saja pahala pekerjaan dia. Tak kan tak tau berniaga ni sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalaulah dia baca Bismillah, berganda-ganda pahala dan berkat dari Allah pada pekerjaan ini. Kalau bulan Ramadhan, lagi berganda 27 kali dari amalan kecil tapi siknifikan itu. Eh, aku ni mengumpat pulak jadinya. Nauzubillah…ampun , Ya Allah. Aku meneruskan zikir. Selagi hidup akau akan terus berzikir, kerana it

Nasi Goreng Belacan

Image
....sebelum subuh dah terjaga dan terasa lapar. Baru teringat malam tadi makan sikit waktu buka puasa dan terus tidur sebab terlalu letih. Selalunya terjaga waktu tengahmalam, tapi hari ni terlajak pulak. Nasib baik ada se jam lagi sebelum azam subuh. Cepat-cepat solat Isyak dan menapak ke dapur cari makanan.  Hrmmmmm..dapur dah kemas bersih. Terimakasih sayang mama. Lauk semalam dah licin licau dengan periuk belanga sekali bersih dicuci. Ooo..ada nasi lebih. OK lah...cukupla tu!  Buka peti ais.  Capai cili merah 2 batang, bawang merah 3 ulas, 1 ulas bawang putih dan tumbuk perlahan-lahan takut nanti orang terjaga!  Tambah belacan dan garam kasar kemudain lumatkan.  Jemput sedikit ikan bilis yang mmg dah bersih siap sedia dalam peti ais  Keluarkan 2 biji telur  Jom menumis:  Pijarkan minyak dalam kuali. Sementara minyak panas, akak sempat hiris bawang merah seulas lagi dan bawang putih selulas kecil. Bawang-bawang akak ni mmg dah sedia di kupas dan sentiasa ada dalam tup

Musim Hujan, kamu tidak menoreh..apa khabar?

Image
Ijok, Selama,Perak DR.

the Raya Haji returns...

Image
When I woke up this morning ( it's very early morning, I meant) I saw a crescent moon was peeping on me through my window glass. The crescent moon and the two star sisters hovering over the western horizon. Was that Jupiter and Venus. I don't really know what was that stars but I'm pretty sure the  crescent moon  is a sign that marks the “new month” when the “old”  month end.   Zulkaedah is about to end in 2 days  and Raya Haji is in less than 2 weeks to come.  The pilgrimage is about to end and we celebrate it by going to morning prayer at mosque instead of eating breakfast. This is another days of being together with family and friends having feast with prayers, sacrifice and food. I do remember of this hadith narrated by Muslim radhiallah hu 'anhu. Shame on me as not knowing  this hadith but feeling grateful when I learned about it just about this time last year, as they said,better late than never... Diriwayatkan dari Ummu Salamah radhiyallaahu 'anhu, Nabi

Wordless Wednesday - Krabi was Fantastic!

Image

Kek Pisang Terbalik!

Image
Assalaualaikum warahmatullah.. Bukannya cerita pasal kek yang terbalik tonggang langgang "by accident" atau jatuh bersepai tak boleh makan...tapi ini kek pisang terbalik macam "that pineapple upside down cake".  bila teman sebilik capai kamera dan komen.."hmmmm.macam ni la kek pisang"...sememangnya boleh dibuat lagi...dan lagi.....dan lagi.  Panas-panas, sedapnya karamel bersatu pisang dan kek yang lembab dan panas Ini gambar dari henpon tak canggih akak. bila karamel dah set-up dan tak melekit lagi dah; kek pun tinggal separuh Kek Pisang Terbalik by cikMilah Bahan-bahan: 2 camb penuh mentega 1/2 cawan gula perang lembut 3-4 pisang emas - potong membulat 2 cawan tepung gamdum 1 camt baking powder 1/2 camt soda bikarbonat 1/2 sus serbuk kayu manis 2 biji telur saiz A 3/4 cawan gula perang lembut 2 biji pisang ranum di lecek 1/2 cawan krim masam 1 cawan coklat chip Cara membuatnya: Ratakan mentega dalam acuan tin 9

Cerita Musim Luruh, Cerita Rusa

Image
view dari jambatan Ekuinok musim luruh tiba di ujung-ujung September. Oktober begitu cantik dengan pelbagai warna daun. Entahlah ya..  sukar mengikis kisah lama walau sudah berdekad. Ada-ada saja yang mengingatkan saya pada sahabat lama... syahdu shahdan pulak teringat mereka waktu menghiris daging rusa  hari ni.Pertama kali saya makan daging rusa waktu di rantuan. Betullah kata Mak..kalau mak tak dapat ajar chek masak, pengalaman yang akan ajar......uish...merambu airmata ni...AlFatihah...  Best Fall drive between NC and WV. Shenandoah Valley Kereta dipandu senior lelaki dua orang di depan dan kami berdua budak baru duduk di belakang dengan kakak senior isteri driver yang potpet-pot pet bercerita. Saya pilih duduk di tepi tingkap,diam-diam sambil menikmati lanskap lengang seiring aliran sungai New Bern. Ini kali kedua kami lalui jalan ini. Minggu lepas seniors bawa kami ke Raleigh, NC ; dan kali ini melangkah lebih jauh ke Richmond WV mencari stok makanan Asia dan daging h

Tumis air ...

Image
Assalamualaikum, semuga sejahtera atas kamu dan kita semua. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar ar-Rasul Sallallahualaihi wasallam. Tumis air jer hari ni.. bahasa biasa, masakan yang amat biasa. "Escapism" pada mak-mak  akak ni yang sibuk sokmo..." tumis air ja hari ni nak..mak tak sempat masak..makanlah sayang..." Sayur Brokoli Tumis Air 1 pokok brokoli – di cerai-ceraikan ikut flowerette tu 5-6   tangkai cendawan tiram ( hari ni cendawan dlm tin je yg ada..) Sekeping dada ayam Bawang besar di potong baji Sos tiram Tepung jagung Bawang putih – tumbuk kasar/atau hiris nipis buat tumisan Garam gula secukup rasa 1 ½ cawan air Cuci, tos dan potong sayur-sayur. Hari ni guna cendawan butang dalam tin saja – kalau dapat cendawan tiram yang segar tu,   lagi sedap buat sayur tumis dengan brokoli ni. Hiris nipis dada ayam Tumis bawang putih atas api besar dengan sedikit minyak   hingga wangi. Masukkan isi ayam, kacau balikkan dan b