Posts

Showing posts from 2015

Song of Fall

Image
I just can't stop browsing NC today to see the progressing of fall color  in the western North Carolina mountains with frequent reports and photos of best places to see the leaves. Missed NC very much.
I know it is almost impossible to re-visit as the last of Shenandoah song lyric.
Farewell my dear, I bound to leave you away... in 1990
Lyrics to Shenandoah Shenandoah O Shenandoah, I long to hear you Away, you rolling river O Shenandoah, I long to hear you Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri
Missouri, she's a mighty river Away, you rolling river The Indians camp along her borders Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri
The white man loved an Indian maiden Away, you rolling river With notions his canoe was laden Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri
O Shenandoah, I love your daughter Away, you rolling river For her I've crossed the rolling water Away, I'm bound away 'Cross the wide Missouri
Seven long years I courted Sa…

I am so.... into rustic!

Image

Hadapi Zaman Fitnah

Image
Al-Murobbi Syaikh Dr. Yusri Rusydi Al-Hasani: Perawat Jasad dan Roh

Nama beliau adalah Al-Allamah Syeikh Dr. Yusri Rushdi Sayyid Jabr Al-Hasani. Seorang doktor pakar bedah yang murobbi, alim, zuhud dan wara', juga pakar dalam pelbagai bidang ilmu agama. Berpegang teguh dengan aqidah ahli sunnah wal jama’ah, bermazhab Syafi’ie, berpegang dengan tariqat as-Siddiqi melalui susur galur tariqat as-Syazuli dan merupakan antara ulama Al-Azhar As-Syarif.

|Latar Belakang, Pendidikan dan Pembelajaran|

Dilahirkan pada 25 Muharram 1374 H bersamaan 23 September 1954 M di Hayyu Raudhul Faraj, Kaherah.

Beliau memulakan alam persekolahan di sekolah kerajaan sehinggalah menyambungkan pelajaran dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah dan mendapat pangkat ‘Jayyid Jiddan’ pada Disember 1978.

Kemudian beliau mendapat Ijazah Sarjana (M.A) dalam bidang ‘Pembedahan Am dan Pembedahan الأوعية الدموية(Saluran Darah) juga dari Universiti Kaherah pada November 1983 dan beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafa…

Biskut Koko Nestum

Image
Cukup mudah membuat biskut raya ni. Resepi zaman purbakala!!! Bahan-bahannya pun yang asas saja..kepada kawan-kawan yang tercari-cari resepi biskut mudah yang sedap dan disukai, saya cuba kongsikan di sini.
Memang mudah, boleh di gentel bulat atau apa-apa bentuk.
Tak perlu cari acuan terap, manik hiasan dan cantik tapi menyusutkan poket di zaman GST ni..

Sedap tak?
Sedapnya macam makan nestum dengan milo, sekali gus berderai dalam mulut, ranggup terasa di kunyah, nyaman membelai tekak.

Bahan-bahan:
250 gram majerin
3/4 cawan gula aising
2 cawan nestum
2 cawan tepung gandum
1 biji telur

Putar gula dengan majerin hingga gebu dan berkrim.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
Ayak tepung kemudian gaulkan dengan nestum rata-rata.
Adunkan tepung kedalam adunan krim.
Uli dengan tangan hingga menjadi doh lembut.

Bulat-bulatkan doh, kemudian bakar hingga masak.
(Saya pakai oven Soner: 160C selama 16 minit)

Sejukkan.

Cairkan coklat dalam double boiler.
Celupkan biskut dalam coklat;…

Brownies untuk Awak

Image
Awak datang sewaktu saya amat rindu!
Terima kasih kerana mencari saya di facebook. Betul kata awak, amat sukar melupai sesuatu yang pernah memberi kemanisan pada hati. Kita terpenjara oleh masa silam yang santai dan manis. Kenangan itu ulang berulang. Kenangan rupanya tak perlu bukti. Tak perlu simpan barang kenangan. Ia datang sendiri mengikut suasana. Ada yang pedih lirih ada yang manis. Ia datang ulang berulang.
Kali terakhir dulu kita berpamit di tebing Sungai Tar. Awak mahu pulang menyahut panggilan bakti. Kata awak,kita berkelah. Awak minta saya buat brownies. Saya pun bawakan jagung rebus dan brownies kacang pecan. Rupanya awak beli ketam sepit biru dan masak entah apa tapi ia sungguh sedap. Kata saya kenapa guna duit banyak untuk ketam itu, padahal awak boleh beli set Corelle atau Vision untuk ummi awak. Kata awak mahu belanja saya makan sebab selama ini saya kongsi makanan dengan awak dalam kampus. Hahaha.. awak bijak mencium bau makanan. Awak tahu saja hari mana saya bawa bek…

Kek Mentega Keju Oren

Image
Assalamualaikum...

"Naked cake" la sangat......
Teringin nak makan kek biasa tanpa topping tanpa filling.
Teringin nak makan kek keju yang ringan.
Teringin nak makan kek rasa buah tapi tak mau kek buah yang padat.

Saya selak-selak majalah dan jumpa resepi Chef Amer dalam Saji. Macam sedap nampaknya.
Bahan-bahan pun ada. Siapppp!!!!!
Saya dapat memenuhi keinginan di atas...Cukup seimbang rasanya. Resepi chef tersohor lah katakan...

Bahan-bahan yang diperlukan:

200 gram mentega
50 gram krim keju
250 tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
240 gram gula kastor
5 biji telur gred A
2 biji oren ( besar)
Kupas kulit oren - cincang dan ketepikan. 
Perah oren utk dapatkan jus - ambil semuanya
korek isi oren dengan sudu, asingkan biji jika ada
1 sudu kecil cuka epal




Cara-cara membuatnya Asingkan putih telur dari kuningnya. Ambil sejemput tepung , gaulkan pada kulit oren yang sudah di cincang, ketepikan.
Satukan putih telur dengan gula dalam mixer kemudian pukul dengan kelajuan tinggi . Sementara mixer berjal…

Kuih Qasidah Kedah

Image
Kuih qasidah popular dibulan puasa. Selalunya dibuat sendiri, jarang ada gerai pasar ramadan yang menjualnya. Rasanya biasa saja, tak manis, tapi cukup rasa lemak masin manis dari gula putih dan garam.  Agak leceh membuatnya. Tepung perlu dikacau atas api sederhana hingga betul betul masak tepungnya. Rasanya agak istimewa dengan bawang goreng yang garing, semestinya yang digoreng sendiri. Bawang goreng segera memang "tak jalan" dengan qasidah!
Qasidah Kedah berbeza dengan qasidah/hasidah orang Selatan dan Pantai Timur. Mereka menggunakan telur dan santan memberi rasa lemak yang agak mewah. Warnanya kuning , berbeza dengan putih polos Qasidah Kedah.

Bahan-bahan untuk resepi ini mudah: tepung gandum, air, gula dan garam

1 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 sudu besar gula (kalau suka manis letak lebih sikit)
sedikit garam
sehelai daun pandan

Bawang goreng:
5 ulas bawang merah ( lagi banyak lagi sedap )
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:
Campurkan semua bahan KECUALI…

Ayam Masak Hitam

Image
Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (1.5 kg) dipotong 14 , bersihkan

Bahan memerap ayam:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar serbuk jintan putih
sedikit garam halus

Tumisan:
4 camca besar minyak
daun pandan
daun kari
rempah tumis 4 sekawan(kayu manis, pelaga,bunga lawang)





3 batang serai (diketuk)
4 labu bawang besar (kisar halus)
20 tangkai cili kering (kisar halus)
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar puri tomato ( dalam tin)
2 biji tomato merah (kisar)













Cara Penyediaan: Ayam potong sederhana kecil.  dan diperap dengan bahan perap yang telah dikisar halus bersama serbuk jintan putih  selama 1/2 ke 1 jam. Ayam ni di goreng separuh masak tapi sekarang saya guna magic pan saja.Masukkan dalam magic pan selama 4 minit, kemudian balikkan dan masak lagi selama 2 minit. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, daun pandan dan daun kari. Masukkan cili kisar, bawang kisar dan kacau rata, biar masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam, serai, kicap manis secu…

Daging Pesamah

Image
Pesamah Daging pernah saya siarkan lama dulu  disini .



Apa tu pesamah? sesetengah orang memanggilnya besamah atau mesamah.

Ia seakan-akan kari pekat, tapi sebenarnya bukan kari. Rasanya lain sikit dari kari daging biasa. Ia perlu ada rasa rempah yang sedap, dagingnya lembut, ada rasa manis dan sedikit masam.Kesukaan saya ni, tapi jarang memasaknya. Pesamah sedap dimakan dengan nasi minyak, nasi putih, malah sedap di cicah roti dan roti jala. 

Selalu nya saya masak agak banyak sebab makin disimpan dan dipanaskan, makin sedap. Kalau ada lebihan pesamah ni, saya juga buat sarapan dengan dengan lempeng kelapa...hahaha.. lempiang nyoq atau lempeng kosong saja..











Bahan-bahan yang diperlukan:



1. Daging dan perapan nya.
1 kg daging
2 paket rempah kari
1 labu bawang besar, pilih yang besar saiznya
1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula merah - saya guna gula merah cap bintang :)

Bawang besar, halia and bawang putih - dikisar kemudian di gaul rata dalam daging bersama gula
Perap satu atau 2 ja…

Cerita Kakak

Image
Kakak dalam cerita ini ialah anak sulung saya. Siswi tahun satu univeristi dekat rumah ni. Sejak mula masuk sekolah hingga Tingkatan  Atas ( di sebut Pra-U sekarang..), dia tinggal di rumah.
Bukan main susah nak suruh dia masuk sekolah asrama walaupun dapat tawaran masuk ke sekolah tinggi berprestij, dua kali. Pertama selepas keputusan PMR, kedua selepas keputusan SPM. Saya tak kisah pun dia tak mahu masuk sekolah berasrama, cuma nak bagi dia peluang kalau-kalau dia nak merasa kehidupan asrama macam adik dan kawan-kawan dia. Tinggal lah dia hingga habis sekolah menengah.
Sampai masanya, dia pilih universiti dekat dengan rumah. Alasannya tak ada orang nak jaga kucing dia.. (boleh gitu?!)
Pada hari pendaftaran masuk universiti; pendaftaran pukul 2.30 petang; pukul 1.45 petang baru bertolak. Sebabnya mencari kucing dia yang hilang keluar rumah; walaupun dia tahu, petang nanti kucing tu akan balik! Dan kucing tu memang balik macam biasa!
Agaknya dia susah nak melangkah keluar untuk hidup …

Gulai Lemak Jantung Pisang

Image
Sesekali balik kampung saya suka merayap keliling rumah mencari apa-apa yang boleh dimasak. Kebiasaannya begitulah. Dulu waktu kecik saya membesar dengan tugas yang yang tak perlu disuruh untuk siapkan makan tengahari dan malan jika cuti sekolah. Mak dan pak disawah dan dikebun. Hidup di kampung mengajar kita untuk berupaya menghidangkan makanan walau peti sejuk kosong tak ada sayur. Telur memang tak pernah putus bekalan dari sekawan itik direban dan ayam disanggar. Ikan kering pun sentiasa ada. Kadang-kadang ada ikan darat dari sawah atau sungai dalam kurungan. Kiranya tak ada masalah kalau pakcik penjual ikan sayur tak singgah. Kebiasaannya begitulah, dan ia terbawa-bawa hinga sekarang.
Kerapkali anak dan suami mengekor saya mencari apa-apa untuk di masak. Tanpa menu, apa yang kami jumpa itulah yang kami masak. Kali ini kami jumpa buah janggus, jantung pisang dan ulam-ulam. Wah, cukup seronok, sebab dah lama tak makan masak lemak jantung pisang.

Jomm... masak!
 Bahan-bahan …

Agar-Agar Kering Bunga Ros

Image
.... and one of my dreams has come true.
I'd learnt to make the legacy of my late mother...
am very happy to sharpen my skill. It's thrilling!
A delicacy
Traditionally served by its beauty and authentic taste.
Agar-agar Kering Bunga Ros to order: Whassap me 0194316261 #AgarAgarRosKeringByCikMilah






Kacang Pool

Image
Assalamualaikum,
Kacang pool sudah jadi makanan kegemaran keluarga saya. Dulu susah nak dapat foul meddames. Selalu kena pesan dengan kawan-kawan yang pergi Singapura.
La ni dah ada foul meddames kat pasaraya di utara ni, senang lah nak masak.
Makanan Arab orang Johor asalnya, saya suka buat sebab keluarga suka makan ni, terutama untuk berbuka puasa. Cukup lengkap semua gizi makanan ada di dalamnya.
Resepi ni bukan resepi kacang pool yang original.
Resepi rujukan yang saya buat dari blog Tiffin Biru, CMG dan juga dari pemerhatian saya waktu Chef Amer Hamzah menyediakan kacang pool untuk sarapan dalam satu kelas beliau yang saya hadiri.Suka hati jer mak ubah suai mengikut selera mak, yerr...



BAHAN-BAHANNYA :-)250 gram daging kisar
1 tin kacang pool
1 tin kecil kacang peas
2 camca besar rempah kari daging
1 camca besar serbuk ketumbar
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)

setengah batang lobak merah*
sebutir bawang holland*
sebatang seleri*
(*diparut sederha…

Kari Pekat Ikan Bawal Hitam

Image
Waktu bergelar pelajar lah kita belajar berdikari. Apatah lagi merantau nun jauh di dunia sebelah sana. Mana mungkin boleh hidup tanpa sambal dan kari. Sehari dua boleh tahan, kalau dah jadi pemastautin kenalah menolak diri mencari cara untuk melayan citarasa dan lidah Melayu. Mahal pun mahal lah. Rempah ratus, belacan dan cili padi dicari jua walau pun kedai barang-barang Asia jauh di luar sempadan negeri; tahan memandu empat jam untuk mencari rempah, cili, asam, kicap dan daging halal.  Kadang-kadang tergelak bila ingatkan "kelaku tak jughuh" ketika tu. Waktu tu tak ingat apa pun....janji halal.

Kenangan ini sering terimbau kerana di sanalah titik mula saya belajar masak. Belajar mengenal bahan makanan, memilih yang baik, halal haram, bagaimana menyimpan dan memasak dengan baik. Kawan serumah dari Kelantan, darinya saya belajar masak nasi dagang dan kuih cik mek molek. Seorang dari selatan mengajar saya laksa johor dan asam pedas yang resepi nya saya guna hingga kini. Seor…